NuffnangAds

Memaparkan catatan dengan label HIDUP SEBELUM MATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HIDUP SEBELUM MATI. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2016

7 TIP LATIH ANAK BERPUASA

Puasa di bulan Ramadhan adalah diwajibkan bagi setiap muslim yang sudah baligh dan berakal sihat. Sedangkan bagi anak yang belum baligh atau dewasa tidak wajib untuknya berpuasa. Namun sebagai ibu bapa tentunya inginkan seorang anak yang soleh dan taat. Hal ini menjadikan peranan ibu bapa dalam membimbing dan mendidik anak agar sentiasa berlatih untuk melaksanakan kewajiban beragama, salah satunya ialah mengajarkan anak berpuasa.

Isnin, 11 April 2016

SELUAR BERSALIN KHAS UNTUK IBU BERSALIN

Seluar Bersalin Khas Untuk Ibu Bersalin...

SELUAR BERSALIN KHAS UNTUK IBU BERSALIN


Alhmaduliillah, ucapan ini yang terkeluar dari mulut apabila terbaca berita akan adanya seluar khas untuk ibu bersalin di semua hospital tahun hadapan. Apa tidaknya selama ini belum ada lagi pakaian yang benar-benar sesuai untuk dipakai oleh ibu bersalin ketika di dalam wad.

Jumaat, 25 Mac 2016

LETAKKAN ALLAH DI TEMPAT PERTAMA

Letakkan Allah Di Tempat Pertama...

LETAKKAN ALLAH DI TEMPAT PERTAMA
Alangkah baik jika dengan Allah kita mendapat ilmu. Bukan setakat ilmu, bahkan dengan Allah lah kita mendapat segala-galanya. Dengan-Nya kita hidup dan mati dan dengan-Nya kita beroleh rezeki. Segala apa yang kita peroleh dalam hidup ini semuanya Allah yang beri.

Dengan kata lain, kita meletakkan Allah pada kedudukan teratas di dalam seluruh kegiatan hidup. Saat kita melakukan ibadah, maka Allah beri keizinan dan kekuatan untuk kita beribadah. Allah

Jumaat, 4 Mac 2016

KEMASKINI PENDAPATAN PELABURAN, KEMASKINI ZAKAT ANDA

Kemaskini Pendapatan Pelaburan, Kemaskini Zakat Anda...

Ramai sudah yang telah mengemaskini buku pelaburan masing-masing. Pengumuman pemberian dividen pun telah berkumandang di sana-sini. Ramai yang tersenyum lebar apabila dapat mengemaskini buku pelaburan dengan jumlah pendapatan yang bertambah. Tidak kira sama ada pelaburan dalam KWSP, Simpanan Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan sebagainya, ia adalah sesuatu yang boleh mencorakan masa depan.

Rabu, 17 Februari 2016

MENCARI KEBAHAGIAN DALAM PERTELINGKAHAN

Apabila berlakunya pertelingkahan dalam rumah tangga, pastinya ia menimbulkan gelora di hati masing-masing. Apalagi terpanculnya kata-kata yang kurang enak yang pasti menusuk perasaan sewaktu bertikam lidah. Jesteru bagaimana ingin menjadi positif ketika hati terbuku perasaan tidak puas hati dalam diri masing-masing.

Pastinya mahu mencari bahagia saat hati bergelora bukan mudah. Namun setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi yang sedang berduka akibat pertelingkahan dalam rumah tangga bolehlah mengikut 4 panduan ini iaitu:

Isnin, 25 Januari 2016

MENCARI KEBERKATAN REZEKI DALAM BEKERJA

Malas, enggan bekerja, hendak kerja senang sahaja. Ini bukan budaya kerja yang diajarkan Islam. Apatah lagi menganggur, sama sekali tiada dalam kamus Islam. Alam terbentang luas dijadikan medan untuk untuk umat Islam bekerja mencari rezeki. Yang rajin dan tidak berputus asa, mereka akan berjaya dan kaya raya.

Kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat kerana Allah akan menjadi ibadat. Kita hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia adalah satu ibadat. Islam menggariskan lima etika bekerja yang harus dipatuhi untuk memastikan keberkatan rezeki.

Jumaat, 15 Januari 2016

BERHATI-HATI DENGAN HARAPAN DAN TIPU DAYA SYAITAN

Seseorang hamba Allah SWT itu perlu menyedari akan adanya sebuah musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihat, menyesatkan dan memesongkan dirinya daripada jalan Allah SWT. Berbagai taktik dan cara digunakan tanpa kita sedari yang membawa kita ke arah jalan yang dimurkai oleh Allah SWT terutamnya dengan harapan-harapan yang tinggi. 

Oleh kerana itu kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk jalan yang lurus, diberi kebaikan dunia dan akhirat. Inilah harapan yang kita perlu sandarkan kepada Allah SWT bagi meneruskan kehidupan, namun ada juga di antara kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Ingatkah lagi kisah tentang Nabi Adam. Nabi Adamlah manusia pertama yang disogokkan dengan harapan melalui bisikan syaitan. Akhirnya harapan yang diberikan oleh syaitan itu sebenarnya merupakan tipu daya yang menyebabkan Nabi Adam dikeluarkan daripada syurga Allah SWT dan dihantar ke dunia. Manusia yang diangkat sebagai Nabi oleh Allah SWT pun boleh terpedaya dengan syaitan, apa lagi kita ini sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa.

Ahad, 3 Januari 2016

KEPADA PENDIDIK : MURID KITA MENTAH, JIWA MEREKA RAPUH

Apabila ingin memulakan persekolahan, ramai kalangan kita yang berkongsi kata-kata semangat yang pelbagai jenis. Di bawah ini adalah satu kata-kata indah pencetus semangat yang penulis dapat daripada media sosial yang dikongsikan oleh rakan-rakan. Kata-kata indah untuk renungan rakan-rakan yang bergelar pendidik. Semoga ia menjadi pencetus semangat untuk pendidik dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab terutamanya dalam mendidik murid-murid yang masih mentah dan jiwanya rapuh. Kredit kepada yang menulis dan berkongsi...

Kenapa Murid aku tidak pandai
Kenapa Murid aku degil
Kenapa Murid aku tidak jadi seperti yang aku hendak...

Murid buah hati kita, Jangan bandingkan di antara mereka.
Yang pandai jangan terlalu di puji,
Yang lemah janganlah kita keji.

Murid baik, Murid cerdik, Cuma ujian Allah,
Allah nak tengok kita demand ka tidak, letak syarat ka tidak,
Kerja kuat ka tidak, sabar ka tidak.

Sabtu, 2 Januari 2016

KEWAJIBAN ZAKAT : SATU RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

Bila mengimbau kembali sejarah di zaman kepimpinan Saidina Abu Bakar As Siddiq selepas kewafatan Rasulullah SAW yang memerrangi golongan yang enggan membayar zakat. Terlintas di fikiran mengapa ianya menjadi agenda penting dalam kepimpinan beliau. Ternyata beliau berada pada landasan yang betul apabila melihat besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat islam dalam kewajipan zakat.

Di zaman ini ‘perang’ kepada golongan yang enggan membayar zakat berlainan pendekatan ‘perangnya’, lebih kepada psikologi dan penyebaran maklumat untuk menyedarkan umat islam tantang kewajiban Rukun Islam yang keempat ini. Di akhir tahun, banyak pendekatan  dilakukan samada iklan, di forum-forum, ceramah-ceramah malah kepada pembukaan pusat pungutan zakat yang dibuka 7 hari seminggu.

Kewajipan berzakat banyak Allah swt rakamkan dalam al-quran, begitu juga dalam Sunnah-sunnah Rasulullah saw, menyedarkan kita tentang begitu tingginya amalan ini di sisi Allah swt. Tidak perlulah dinyatakan disini, kita boleh merujuk dengan membaca kitab-kitab sahih atau lagi mudah membuat carian di internet. Apa yang pasti kewajipan ini menunjukkan betapa besar dan tingginya rahmat dan kasih saying Allah swt kepada kita. Bayangkan seandainya kewajipan zakat ini tidak ada pasti ramai lagi di antara kita yang lupa diri, bongkak, sombong dan meninggi diri dengan kelebihan harta yang kita ada.

Khamis, 31 Disember 2015

"BUDAYA BUANG SIAL" DI AMBANG TAHUN BARU

Alhamdulillah, kita akan meninggalkan tahun 2015 dan memasuki tahun baharu tahun 2016. Ini bermakna umur kita akan bertambah. Dunia juga semakin tua dan tenat untuk didiami. Banyak kisah dan banyak pengalaman yang dilalui dalam tahun 2015, semuanya berkisarkan tentang kehidupan, meneruskan kehidupan dan berjuang dalam kehidupan.

“BUDAYA BUANG SIAL”
Dua puluh tahun dahulu saya masih ingat ketika di awal remaja sambutan tahun baru wajib saya sambut samada bersama keluarga, rakan sekampung atau pun kenalan. Sambutan dahulu itu sememangnya jauh berbeza dengan apa yang di alami sekarang. Maklumlah, dulu masih lagi jahil dan masih ikut-ikutan sahaja. Mana tidaknya saya wajib ke pantai untuk bermandi-manda apabila tibanya ambang tahun baru. Pada masa itu sememangnya pantai menjadi tumpuan, penuh pantai dengan orang ramai dan mungkin sekarang pun masih lagi. Apabila bunyi hon dibunyikan yang menandakan masuknya tahun baru, semua orang akan turun ke air laut untuk mandi dan ada di antara mereka yang membuang barang-barang lama kepunyaan mereka. Cara ini dinamakan sebagai “BUDAYA BUANG SIAL” setiap kali tahun baru bermula. Ertinya kita akan membuang semua perkara-perkara yang “sial” untuk tahun lalu dan tahun baru. Dengan mandi di laut kita akan membersihkan segala apa “sial” yang ada dalam diri kita agar tidak lagi berlaku di tahun baru.

Khamis, 24 Disember 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H : RASULULLAH SAW TOKOH, IDOLA DAN TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW

Tiada kata yang paling indah dan tiada tutur yang paling berkah  selain kita mengucapkan puji dan syukur kehadhirat Allah swt, dan untaian rahmat yang ber  nadakan salam, sebagai rasa cinta kita kepada Rasulullah saw, marilah sama-sama kita mendo’akan kiranya rahmat dan sejahtera senantiasa dicurahkan Allah  kepada junjungan kita Nabi besar Muhammad saw.

Begitulah setiap kali kita mengingati Rasulullah saw, apalagi sambutan Maulidur Rasul pastinya bermacam-macam program dan aktiviti berlangsung. Perarakan Maulid, Forum, Program Selawat, Wacana Ilmu dan sebagainya bertujuan menyemarakan lagi perasaan cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda. Tidak kurang ada yang memilih tarikh kelahiran Rasulullah saw untuk bernikah dan melangsungkan perkahwinan, mungkin untuk memilih berkat.

Begitulah hebatnya Insan yang bernama Muhammad saw ini, yang diutuskan oleh Allah swt untuk membawah rahmat Islam ke seluruh alam. Rahmat Islam itu berkekalan hingga sekarang, malah semakin bertambah umat Baginda kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw melalui akhlak yang syumul dan memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengenalnya atau mengkaji riwayat hidupnya.

Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman dalam surat Al-Ahzab ayat 21:
 “Sungguh ada pada diri Rasul itu contoh teladan yang sempurna bagi kamu..

Khamis, 17 Disember 2015

PENYAKIT 'WHAN' MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM

“Rasulullah saw bersabda, “Akan tiba suatu saat di mana seluruh manusia bersatu padu melawan kalian dari segala penjuru, seperti halnya berkumpulnya manusia mengelilingi meja makan.” Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah jumlah Muslim pada saat itu sedikit?” Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Abu Daud dan Ahmad)

Khamis, 26 November 2015

TAKWA, ILMU, TAWAKAL, SYUKUR, ZABAR DAN ZUHUD BEKALAN TERBAIK MENGHADAP ALLAH

Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia. Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.

Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT.

Khamis, 19 November 2015

HAK ANAK BERMULA SEBELUM MEREKA LAHIR LAGI



Mengikut Islam, peranan ibu bapa amat besar.  Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut: "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi". Fitrah di sini bermaksud Islam. Oleh itu, setiap anak dilahirkan sebagai seorang Muslim, maka ibu bapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak itu kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak itu tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran negatif dan boleh menjejaskan fitrah imannya.

Khamis, 12 November 2015

APA ADA PADA AMALAN BERSEDEKAH



Sedekah adalah amalan sunat yang digalakkan kepada umat Islam dan dijanjikan pahala berlipat ganda jika dilaksanakan dengan ikhlas bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka yang bersedekah juga akan mendapat lebih banyak manfaat dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261) Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Khamis, 5 November 2015

BERHATI-HATI SEBAR DAN MENULIS MAKLUMAT


Sheikh Hamzah Yusuf ketika bertandang ke Malaysia tahun lalu pernah menyebut, hari ini orang mengumpat dan memfitnah tidak perlu berdua atau lebih. Walaupun berseorangan, mereka masih boleh mengumpat dan memfitnah orang lain.

Bagaimana? Melalui media sosial yang mereka lakukan sendirian, berseorangan di mana-mana sahaja. Dahulu, kesan atau implikasi orang mengumpat mungkin setakat mereka yang berada di sekeliling sahaja dan sebarannya agak perlahan. Pos kenyataan fitnah, untuk dikongsi ramai Hari ini, sekali kita poskan kenyataan fitnah, umpat dan pembohongan, semua pengikut dapat membacanya dan kemudian dikongsi dengan orang lain. Kemudaratannya besar sekali.

Khamis, 15 Oktober 2015

YANG DEKAT ITU ADALAH KEMATIAN

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersungguh-sungguh bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat." Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang rapat dan penting dalam hidup (ahli keluarga).

Selasa, 13 Oktober 2015

SALAM MA’AL HIJRAH 1437H: HIJRAH DIRI MEMERLUKAN ILMU DAN PENGORBANAN

Hijrah mempunyai dua pengertian: hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan bertawakal kepada-Nya.

Khamis, 8 Oktober 2015

CEPAT KAYA CARA ISLAM

Ajaran Islam sebenar menggalakkan manusia berusaha, bekerja keras, tidak mudah berputus asa, malah menyuruh umat islam terus bekerja walau pun esok akan kiamat, dan beramal seolah-olah maut menjengah. Pendek kata, dalam bekerja mahu pun beramal, Islam menuntut kita melakukan sebaik mungkin mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Begitu juga dalam mencari harta kekayaan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, membayar zakat lebih utama daripada menerimanya. Umat Islam digalakkan bersedekah, merupakan antara anjuran di dalam Islam yang secara tidak langsung menyatakan, adalah lebih baik umat Islam menjadi kaya daripada miskin.

Khamis, 27 Ogos 2015

KELUARGA ANUGERAH DAN AMANAH

Sedarkah kita sebenarnya kita hidup di dunia ini tidak bersendirian, Allah SWT telah menganugerahkan kita insan-insan di sekeliling kita. Mereka memecah rasa sunyi yang menyelebungi kita, membina rasa tenang dan tenteram sekaligus menjadi pengubat semasa kita di timpa kesusahan, mereka itu ialah ahli keluarga kita. Samada suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak, semuanya mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri dan Islam sentiasa menuntut agar kita bertanggungjawab terhadap mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...