NuffnangAds

Isnin, 9 November 2015

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN GIATMARA 2016 ONLINE KINI DIBUKA



Borang permohonan kemasukan GIATMARA 2016 secara online. Bagi anda yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), permohonan kemasukan GIATMARA diseluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 disember 2015 bagi sesi kemasukan Januari 2016.


Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online
  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara Sepenuh Masa menerusi http://www.giatmara.edu.my/p/permohonan-online.html
  2. Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME), sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
  3. Anda bolej menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia (http://www.giatmara.edu.my/p/senarai-kursus.html).
  4. Untuk semak lokasi GIATMARA berhampiran anda di http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.htm


Sedikit informasi berkenaan GIATMARA ialah ditubuhkan bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

Pelajar-pelajar yang berjaya memasuki GIATMARA adalah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi jangan lepaskan peluang ini terutamanya kepada anak-anak kita yang kurang dalam bidang akedemik, mungkin mereka lebih kepada bidang kemahiran teknikal dan vokasional. Rebutlah peluang ini sekarang... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...