NuffnangAds

Khamis, 31 Disember 2015

"BUDAYA BUANG SIAL" DI AMBANG TAHUN BARU

Alhamdulillah, kita akan meninggalkan tahun 2015 dan memasuki tahun baharu tahun 2016. Ini bermakna umur kita akan bertambah. Dunia juga semakin tua dan tenat untuk didiami. Banyak kisah dan banyak pengalaman yang dilalui dalam tahun 2015, semuanya berkisarkan tentang kehidupan, meneruskan kehidupan dan berjuang dalam kehidupan.

“BUDAYA BUANG SIAL”
Dua puluh tahun dahulu saya masih ingat ketika di awal remaja sambutan tahun baru wajib saya sambut samada bersama keluarga, rakan sekampung atau pun kenalan. Sambutan dahulu itu sememangnya jauh berbeza dengan apa yang di alami sekarang. Maklumlah, dulu masih lagi jahil dan masih ikut-ikutan sahaja. Mana tidaknya saya wajib ke pantai untuk bermandi-manda apabila tibanya ambang tahun baru. Pada masa itu sememangnya pantai menjadi tumpuan, penuh pantai dengan orang ramai dan mungkin sekarang pun masih lagi. Apabila bunyi hon dibunyikan yang menandakan masuknya tahun baru, semua orang akan turun ke air laut untuk mandi dan ada di antara mereka yang membuang barang-barang lama kepunyaan mereka. Cara ini dinamakan sebagai “BUDAYA BUANG SIAL” setiap kali tahun baru bermula. Ertinya kita akan membuang semua perkara-perkara yang “sial” untuk tahun lalu dan tahun baru. Dengan mandi di laut kita akan membersihkan segala apa “sial” yang ada dalam diri kita agar tidak lagi berlaku di tahun baru.

HARGA PETROL RON 95, RON 97 DAN DIESEL 1 JANUARI 2016

Harga Petrol Diesel Januari 2016

Alhamdulillah, pembuka tirai untuk Tahun 2016 dimulakan dengan berita penurunan semakan Harga Petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia. Seperti yang dijangka ini akan berlaku berikutan tren penurunan harga minyak dunia.

Bermula tengah malam ini, harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel untuk bulan Januari 2016 telah dimaklumkan oleh Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia dalam satu kenyataan.



Berikut adalah harga petrol untuk 1 Januari 2016:

Harga Petrol RON 95: RM1.85 seliter (RM1.95 – Disember 2015)
Harga Petrol RON 97: RM2.25 (Termasuk 6% GST) (RM2.45 – Disember 2015)
Harga Diesel: RM1.60 (RM1.90 – Disember 2015)
Ini bermakna Harga Diesel menunjukkan banyak penurunan iaitu sebanyak 30 sen menjadikan harga RM1.60 sahaja, Petrol RON 95 pula hanya turun 10 sen, manakala Petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen.

Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda.

Selasa, 29 Disember 2015

MEKANISMA BARU PEMBELIAN TOP UP (KOD RELOAD) TELEFON PRABAYAR 2016

Jangan terkejut apabila anda membuat isian semula telefon prabayar pada tahun 2016 amuan kredit akan berkurang daripada apa yang anda beli. Ini yang akan berlaku mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016, mekanisma ini diumumkan oleh SKMM untuk dilaksanakan.

Ini kerana sistem cas GST 6 peratus masih lagi dikenakan kepada kod reload. Walau bagaimana pun anda tidak perlu bimbang ianya hanya untuk tempoh 24 jam sahaja. Selepas 24 jam selepas kod reload diaktifkan anda akan menerima semula amuan kredit yang ditolak.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2016


TARIKH MULA PERSEKOLAHAN 2016 BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA

Hasil carian imej untuk kembali ke sekolah
Semua sekolah di Malaysia akan memulakan sesi persekolahan untuk Tahun 2016 mengikut Penggal Persekolahan 2016 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini tidak perubahan pengumuman walaupun banjir mula melanda di negeri-negeri pantai timur Malaysia.
Bagi Kumpulan A (Sekolah negeri di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), sekolah akan dibuka mulai Ahad 3 Januari 2016. Manakala bagi Kumpulan B (Sekolah negeri Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, KL, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Pahang) akan dibuka mulai Isnin 4 Januari 2016.

Jumaat, 25 Disember 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke tingkatan 4 Program Asrama 1Malaysia(A1M) mulai 22 Disember sehingga 29 Januari 2016

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh Negara.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 14 Februari 2016. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

Khamis, 24 Disember 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H : RASULULLAH SAW TOKOH, IDOLA DAN TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW

Tiada kata yang paling indah dan tiada tutur yang paling berkah  selain kita mengucapkan puji dan syukur kehadhirat Allah swt, dan untaian rahmat yang ber  nadakan salam, sebagai rasa cinta kita kepada Rasulullah saw, marilah sama-sama kita mendo’akan kiranya rahmat dan sejahtera senantiasa dicurahkan Allah  kepada junjungan kita Nabi besar Muhammad saw.

Begitulah setiap kali kita mengingati Rasulullah saw, apalagi sambutan Maulidur Rasul pastinya bermacam-macam program dan aktiviti berlangsung. Perarakan Maulid, Forum, Program Selawat, Wacana Ilmu dan sebagainya bertujuan menyemarakan lagi perasaan cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda. Tidak kurang ada yang memilih tarikh kelahiran Rasulullah saw untuk bernikah dan melangsungkan perkahwinan, mungkin untuk memilih berkat.

Begitulah hebatnya Insan yang bernama Muhammad saw ini, yang diutuskan oleh Allah swt untuk membawah rahmat Islam ke seluruh alam. Rahmat Islam itu berkekalan hingga sekarang, malah semakin bertambah umat Baginda kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw melalui akhlak yang syumul dan memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengenalnya atau mengkaji riwayat hidupnya.

Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman dalam surat Al-Ahzab ayat 21:
 “Sungguh ada pada diri Rasul itu contoh teladan yang sempurna bagi kamu..

Ahad, 20 Disember 2015

BARCELONA JULANG PIALA DUNIA KELAB 2015 KALI KETIGA

Barcelona menjulang Piala Dunia Kelab dan mencipta rekod apabila menang buat kali ketiga dengan menumpaskan kelab Argentina, River Plate 3-0.

Gergasi Sepanyol memulakan jaringan melalui sentuhan Messi melalui gol yang cantik menerusi penyudahan yang klinikal pada minit 36, sebelum dua lagi golmenerusi Luis Suarez membenam terus peluang River untuk bangkit.

Suarez, yang mencipta hatrik ketika Barca menang 3-0 ke atas Guangzhou Evergrande dalam separuh akhir, menjaringkan gol kedua perlawanan semalam dengan rembatan rendah yang kencang pada minit ke-49.

SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KAWALAN 2016 KRK, KAA, SMKA DAN SABK SECARA ONLINE DAN SMS


Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016
Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2016 akan diumumkan keluar pada Mulai 20 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Tarikh rasmi telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi, bagi yang telah mengemukakan permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK), keputusan sekolah kawalan sesi 2016 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu (1) bolehlah menyemak samada diterima atau tidak mulai 20 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. 

Sabtu, 19 Disember 2015

TAMBAHAN CUTI PERAYAAN 2016 HARI RAYA AIDILFITRI, DEEPAVALI DAN TAHUN BARU CINA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengularkan surat siaran berkenaan tambahan cuti 3 perayaan terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Pengeluaran surat siaran tambahan cuti ini pasti melegakan banyak pihak terutamanya warga pendidik. 

Apa tidaknya banyaklah program yang boleh diatur dengan lebih awal terutamanya melibatkan warga pendidik yang merantau jauh bertugas di negeri orang. Semoga dengan ini ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, jangan pula nanti ada yang tambah cuti atau pun cuti lebih awal kerana ingin mengejar tiket kapal terbang murah. Apa pun semuanya daripada kita untuk merancang dengan sebaiknya.

Jumaat, 18 Disember 2015

POPULAR PLACE SABAH : KAPALAI ISLAND

Everything seemed so perfect when you first met Kapalai Island. You don’t what words to use to describe this beautiful and dreamy destination, so it doesn’t sound like an advertisement, which always lies. By boat, Kapalai Island is about 40 minutes away from Semporna town. It is near to Mabul and Sipadan Islands, the world-class diving sites of Sabah.

200 years ago, Kapalai Island was once a “true” island before it was eroded by the sea. What leaves today is only a stretch of sand bar, which will disappear during high tide, thereby giving it another name “magic island.” You can enjoy every moment of staying there.

Khamis, 17 Disember 2015

PENYAKIT 'WHAN' MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM

“Rasulullah saw bersabda, “Akan tiba suatu saat di mana seluruh manusia bersatu padu melawan kalian dari segala penjuru, seperti halnya berkumpulnya manusia mengelilingi meja makan.” Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah jumlah Muslim pada saat itu sedikit?” Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Abu Daud dan Ahmad)

Rabu, 16 Disember 2015

PROGRAM DIET : BERHATI-HATI DALAM MEMILIH

Berdiet adalah cara lazim yang digunakan untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan. Selari dengan kemajuan dunia, maka telah tercipta pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan. Pun begitu, harus ditekankan di sini bahawa untuk setiap pilihan diet tersebut ada baik dan buruknya kepada kesihatan. Jesteru, keseimbangan antara diet dan tingkat kecergasan melalui senaman adalah paling wajar dilakukan secara rutin.

Wajar sekiranya kita mengetahui terebih dahulu apakah program diet yang baik dan apakah pula program diet yang mendatangkan kesan sebaliknya. Di sini dinyatakan perkara-perkara yang perlu anda tahu mengenainya iaitu ;

SABAH DIJANGKA MENERIMA TEMPIAS TAUFAN MELOR

Ribut taufan Melor atau dikenali juga sebagai Taufan Nona yang melanda Filipina semalam akan turut membawa angin kencang dan hujan lebat ke Sabah khusus di kawasan Pantai Barat, Kudat, Pedalaman dan Labuan.

Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini yang sekali gus boleh menyebabkan banjir kilat.

"Diramalkan banjir kilat akan berlaku disebabkan hujan lebat dan bukannya banjir musim tengkujuh akibat musim monsun timur laut yang berlaku ketika ini," katanya.

Selasa, 15 Disember 2015

BORANG PERMOHONAN KAD DISKAUN KTMB PELAJAR 2016

Berkuatkuasa 7 Disember 2015, KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad diskaun pelajar KTMi-Card untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Para pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan perkhidmatan Komuter boleh memohon Kad diskaun pelajar KTM i-Card dan anda layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja.

Isnin, 14 Disember 2015

ROYAL SELANGOR : MELANCONG SAMBIL MENIMBA ILMU

Dalam banyak tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi, Royal Selangor antara tempat yang popular harus dikunjungi oleh anda.

Ini kerana Royal Selangor mudah dikunjungi pelancong tanpa perlu bersesak-sesak atau mengharungi perjalanan yang memenatkan menjadikan ia tempat tumpuan.

Jika anda mengunjungi Royal Selangor di Setapak Jaya, Kuala Lumpur bersama keluarga, pastikan membekalkan anak anda buku nota bagi memudahkan mereka melakukan catatan ringkas. Selain melancong anda mendapat banyak ilmu pe­ngetahuan di Royal Selangor.

Sabtu, 12 Disember 2015

SELANGOR JUARA TM PIALA MALAYSIA 2015 KALI KE 33

Selangor menjuarai Piala Malaysia bagi kali ke 33 selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Ahmad Hazwan Bakri menolak masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran dari Guilherme De Paula pada minit ketiga.

Tersentak dengan jaringan awal Selangor, Kedah cuba untuk mencari gol penyamaan namun percubaan pemain import mereka, Sandro Da Silva berjaya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.

Jumaat, 11 Disember 2015

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BRIM 2016



Seperti telah dimaklumkan dalam Bajet 2016, kadar pemberian BR1M 2016 telah dinaikkan menjadi seperti berikut:

1 Tersenarai dalam e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
2. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
4. Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.

Rabu, 2 Disember 2015

PERMOHONAN BR1M 2016 DIBUKA 5 DISEMBER 2015

Permohonan baru BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. Ramai yang menantikan pengumuman rasmi bila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka. Saya pasti ada ramai pemohon baru yang akan memohon BR1M memandangkan tahun 2016 bakal memperlihatkan banyak benda yang akan menekan rakyat.

Pengumuman mengenai tarikh permohonan BR1M 2016 dibuka telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Permohonan baru serta mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan mulai 5 Disember (Sabtu) 2015.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...