NuffnangAds

Rabu, 2 Disember 2015

PERMOHONAN BR1M 2016 DIBUKA 5 DISEMBER 2015

Permohonan baru BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. Ramai yang menantikan pengumuman rasmi bila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka. Saya pasti ada ramai pemohon baru yang akan memohon BR1M memandangkan tahun 2016 bakal memperlihatkan banyak benda yang akan menekan rakyat.

Pengumuman mengenai tarikh permohonan BR1M 2016 dibuka telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Permohonan baru serta mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan mulai 5 Disember (Sabtu) 2015.



Beliau juga mengumumkan bahawa tarikh pembayaran pertama untuk BR1M 2016 akan dilakukan mulai 28 Januari 2016. Sesiapa yang layak untuk menerima BR1M 2016 akan menerima pembayaran terus ke akaun bank sepertimana yang rekod yang telah didaftarkan dalam borang BR1M 2016.


Muat Turun Borang BR1M 2016

Permohonan baru dan mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Borang permohonan BR1M 2016 juga boleh diperoleh dari mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.

Untuk permohonan baru BR1M 2016, pemohon perlu:


1. Kemukakan maklumat peribadi dengan lengkap
2. Kemukakan maklumat waris
3. Kemukakan maklumat akaun bank
4. Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi. 


Permohonan yang layak akan diberitahu menerusi notis yang akan dihantar oleh LHDN. Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...