NuffnangAds

Isnin, 30 November 2015

HARGA PETROL DISEMBER 2015

Walaupun harga petrol terkini tidak diumumkan secara terbuka oleh pihak terbabit, termasuk juga media massa, tidak dinafikan dengan adanya laman sosial serta blog telah menjadi antara saluran maklumat alternatif untuk mengetahui mengenai harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia.

TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2016.

Surat pekeliling mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji untuk kakitangan awam untuk tahun 2016 telah diedarkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia bilangan 3 2015 itu telah diedarkan sejak 27 November 2015.


Surat pekeliling tersebut boleh dimuat-turun dari portal atau laman web Jabatan Akaun Negara. Ia disertakan dengan jadual pembayaran gaji kakitangan awam untuk tahun 2016.


Khamis, 26 November 2015

TAKWA, ILMU, TAWAKAL, SYUKUR, ZABAR DAN ZUHUD BEKALAN TERBAIK MENGHADAP ALLAH

Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia. Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.

Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT.

Isnin, 23 November 2015

HOMESTAY SABAH SIPITANG : IBC MUSLIM HOMESTAY

Sekiranya anda bercadang untuk ke Sipitang, Sabah dan mencari-cari tempat penginapan yang sesuai, IBC Homestay mungkin yang anda cari. Ini kerana homestay ini menyediakan semua kelengkapan yang anda perlukan dan dengan harga yang berpatutan. Mari kita lihat apa yang IBC Homestay sediakan untuk anda...
SIPITANG HOMESTAY : IBC MUSLIM HOMESTAY 
Kg. Napas, Pelakat, Sipitang, SABAH

HOMESTAY DESCRIPTION:

(PENERANGAN HOMESTAY:)

Our homestay operation started since month of October 2014, daily rental by visitors and travellers who wish to experience a comfortable stay in Sipitang.
Homestay Kami mula beroperasi pada bulan oktober 2014, sewa secara harian oleh pelawat dan pelancong yang inginkan kemudahan penginapan yang selesa di sipitang.

Sabtu, 21 November 2015

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 21 NOVEMBER 2015

Liverpool menghasilkan persembahan terbaiknya di bawah kendalian jurulatih baharu, Juergen Klopp ketika menewaskan salah satu pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City 4-1 di Etihad, awal pagi tadi.

Sementara itu, Gol tunggal penyerang, Diego Costa pada babak kedua memberi kelegaan di Stamford Bridge sekali gus menghalang Chelsea daripada merekod kekalahan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Norwich 1-0, malam tadi.

HUTAN LIPUR CHEMERONG : PUSAT REKREASI ALAM SEMULAJADI

Hutan Lipur Chemerong terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar dan terletak kira-kira 30km dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan 100km dari Bandar Kuala Terengganu.

Hutan Lipur Chemerong menawarkan kepada para pengunjung ari terjun setinggi 305 meter dan merupakan salah satu yang tertinggi di negara ini. Di sini juga terdapat banyak kawasan yang mempunyai air yang dingin dan jernih yang sesuai untuk mandi-manda atau bermain-main air. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan.

Khamis, 19 November 2015

HAK ANAK BERMULA SEBELUM MEREKA LAHIR LAGI



Mengikut Islam, peranan ibu bapa amat besar.  Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut: "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi". Fitrah di sini bermaksud Islam. Oleh itu, setiap anak dilahirkan sebagai seorang Muslim, maka ibu bapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak itu kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak itu tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran negatif dan boleh menjejaskan fitrah imannya.

Rabu, 18 November 2015

BUAH PINGGANG ANUGERAH ALLAH YANG TIDAK TERNILAI



Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab untuk mennyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda – setiap hari – buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.

Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.

Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.

Selasa, 17 November 2015

HOMESTAY SABAH TAMPARULI : TANAK NABALU HOMESTAY

      

INTRODUCTION

Tanak Nabalu Homestay is located in the plains of the valley-Lobong Kg.Lobong Kota Belud. Located about 60km from Kota Kinabalu city, 33km from Tamparuli Sabah and 5km from the main road Kota Kinabalu-Ranau. This Home Stay background view is the mighty Mt.Kinabalu. Tanak Nabalu Homestay name was taken from the stone call Tanak Watu Mount Kinabalu, located in the middle of Kg. Lobong-Lobong Kota Belud. The Local call it ” Tanak Watu Nabalu ” which mean in English small rock of Mt.Kinabalu.TanakNabalu Homestay has a strategic location and background view is so beautiful. A comfortable atmosphere whereby it got natural beauty which becomes the main eset of this place.

Isnin, 16 November 2015

UPSR 2015 : KEPUTUSAN 17 NOVEMBER DAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN

Tarikh semakan dan keputusan (result) UPSR 2015 secara online atau SMS. Bagi calon yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, keputusan rasmi UPSR 2015 diumumkan keluar pada hari ini selasa 17 November 2015. Pengumuman itu telah dibuat secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2015 Diumumkan Keluar

Tarikh keputusan rasmi UPSR 2015 akan diumumkan pada hari ini Selasa 17 November 2015. Pengumuman rasmi tarikh keputusan UPSR 2015 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

BADMINTON TERBUKA CHINA 2015 : DATUK LEE CHONG WEI JUARA



Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menamatkan kemarau 13 tahun dengan merangkul gelaran Terbuka China selepas Wong Choong Hann melakukannya pada 2002.

Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran sulungnya itu selepas berjaya mengalahkan pilihan utama, Chen Long pada final di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China, semalam dengan straight set 21-15 dan 21-11 dalam masa hanya 50 minit.

Chong Wei mula mengorak langkah ke final dengan menundukkan musuh tradisinya Lin Dan dari China, yang juga pemain nombor tiga dunia, di separuh akhir.

Jumaat, 13 November 2015

PULAU LABUAN : TUMPUAN DESTINASI PELANCOGAN






Pulau kecil ini Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Turut digelar sebagai Mutiara Borneo dan kini menjadi antara sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.

Labuan memang tersenarai antara destinasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong kerana zon bebas cukai itu menyediakan pelbagai tarikan, antaranya selam skuba untuk melihat bangkai kapal karam, aktiviti membeli-belah barangan bebas cukai dan relik Perang Dunia Kedua.

Khamis, 12 November 2015

APA ADA PADA AMALAN BERSEDEKAH



Sedekah adalah amalan sunat yang digalakkan kepada umat Islam dan dijanjikan pahala berlipat ganda jika dilaksanakan dengan ikhlas bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka yang bersedekah juga akan mendapat lebih banyak manfaat dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261) Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Rabu, 11 November 2015

KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES



Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki. Marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan komplikasinya.

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Isnin, 9 November 2015

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN GIATMARA 2016 ONLINE KINI DIBUKA



Borang permohonan kemasukan GIATMARA 2016 secara online. Bagi anda yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), permohonan kemasukan GIATMARA diseluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 disember 2015 bagi sesi kemasukan Januari 2016.

Sabtu, 7 November 2015

SEMAKAN IBU BAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR DALAM SAPS


Semakan Ibu Bapa bagi keputusan Slip peperiksaan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ingin dimaklumkan bahawa laman www.saps.moe.gov.my telah berpindah ke laman baru seperti yang tertera dibawah. Berikut adalah cara terkini untuk ibu bapa mengakses laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

SELAM SKUBA DI TAMAN NEGARA MARIN MIRI-SIBUTI

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti terletak di sempadan maritim antara Bintulu dan Miri meliputi kawasan seluas 186,930 hektar, merupakan taman negara marin terbesar di negeri ini. Terletak kira-kira 30 minit menggunakan bot dari Miri. 

Miri merupakan sebuah pusat menyelam yang sedang mendapat perhatian, hasil dari koleksi terumbu karangnya yang cantik yang membentuk Taman Negara Marin Miri-Sibuti, dengan kedalamannya dari 7-30 meter serta mempunyai jarak penglihatan yang sederhana iaitu dari 10-30 meter.

Khamis, 5 November 2015

BERHATI-HATI SEBAR DAN MENULIS MAKLUMAT


Sheikh Hamzah Yusuf ketika bertandang ke Malaysia tahun lalu pernah menyebut, hari ini orang mengumpat dan memfitnah tidak perlu berdua atau lebih. Walaupun berseorangan, mereka masih boleh mengumpat dan memfitnah orang lain.

Bagaimana? Melalui media sosial yang mereka lakukan sendirian, berseorangan di mana-mana sahaja. Dahulu, kesan atau implikasi orang mengumpat mungkin setakat mereka yang berada di sekeliling sahaja dan sebarannya agak perlahan. Pos kenyataan fitnah, untuk dikongsi ramai Hari ini, sekali kita poskan kenyataan fitnah, umpat dan pembohongan, semua pengikut dapat membacanya dan kemudian dikongsi dengan orang lain. Kemudaratannya besar sekali.

Rabu, 4 November 2015

SEIMBANGKAN PEMAKANAN DAN SENAMAN




Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik. Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser.

Kajian menyarankan agar kita melakukan senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak lima kali seminggu, kerana ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus.

Selasa, 3 November 2015

EGTUKAR 2016 : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA


Dapat bertugas di tempat sendiri sesuatu yang amat menyeronokkan. Itulah impian setiap orang yang bekerja terutamanya warga pendidik seperti saya. Saban tahun EgTukar menjadi perkara yang wajib diisi oleh kebanyakan warga pendidik agar dapat berpindah tugas ke tempat sendiri.

Ahad, 1 November 2015

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2015 BERMULA HARI INI

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember ini. Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian. Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...