NuffnangAds

Memaparkan catatan dengan label SIHAT SEBELUM SAKIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIHAT SEBELUM SAKIT. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2016

5 LANGKAH AMALAN SISTEM PENGHADAMAN SIHAT

5 LANGKAH AMALAN SISTEM PENGHADAMAN SIHAT

Kesibukan dengan tugas-tugas seharian menyebabkan kita sering terlupa atau pun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.Dengan masa yang begitu terhad sering kali kita melupakan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Begitu juga perkara berkaitan dengan nutrisi seimbang yang perlu kita ambil dengan teratur. Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan seharian apalagi yang mempunyai keluarga dan menguruskan rumahtangga yang pastinya memerlukan komitmen yang tinggi.

Jumaat, 1 April 2016

KECILKAN PERUT DAN PAHA SECARA SEMULAJADI

Kecilkan Perut Dan Paha Secara Semulajadi...

KECILKAN PERUT DAN PAHA SECARA SEMULAJADI
Perut buncit ke depan dan paha yang semakin melebar memang member masalah kepada golongan lelaki. Melalui pengambilan makanan yang tidak teratur, masalah perut buncit boleh menyebabkan lelaki hilang daya penarik dan hilang keyakinan diri.

Adakah anda tahu, tanpa pil pelangsingan badan atau diet ketat, perut yang buncit dan paha akan kembali mengecil. Berikut 4 tip mengecilkan perut dan paha secara semula jadi;

Selasa, 29 Mac 2016

TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS

WORDLESS WEDNESDAY-TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS...


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Khamis, 24 Mac 2016

6 TIP BERENANG UNTUK LANGSING

6 Tip Berenang Untuk Tubuh Langsing....

6 TIP BERENANG UNTUK LANGSING
Ramai mengetahui bahawa berenang merupakan salah satu senaman sekaligus aktiviti masa lapang yang paling mudah dan bermanfaat. Bukan setakat memelihara kesegaran tubuh bahkan ia merupakan terapi yang cukup baik untuk pesakit-pesakit asma. Dalam masa yang sama, kaedah ini dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ada beberpa perkara yang harus diberi perhatian sebelum berenang bagi mendapatkan tubuh langsing dan menawan. Tetapi ingat, ia hanya akan berhasil sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul dan teratur. Berikut adalah 6 tip yang boleh dijadikan panduan iaitu;

Selasa, 19 Januari 2016

TIPS UNTUK ORANG BARU DI GIMNASIUM

Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gymnasium. Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Tapi perlu diketauhi anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan menggunakan alatan di sini tanpa bimbingan. Bimbang sihat yang anda mahu kecederaan yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gymnasium.

1. Pastikan Perut Anda Berisi
Jangan sesekali ke gimnasium dengan perut yan g lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwich, roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satau atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.

Isnin, 11 Januari 2016

KAEDAH RAWATAN AWAL KECEDERAAN KECIL DI RUMAH

Tentunya anda pernah mengalami kecederaan di rumah samada terluka, melecur, membengkak dan sebagainya. Terkadang anda tidak tahu bagaimana untuk merawatnya lebih awal jika berlaku kecederaan yang boleh dianggap kecil. Apabila ini berlaku anda tentunya membawa ke klinik atau pun hospital yang berdekatan, dan ini akan meningkatkan kos hidup anda. Sedangkan kecederaan kecil ini anda boleh merawatnya sendiri dan pastinya ia akan menjimatkan kos perubatan anda.

Jadi apa yang anda perlu lakukan bila menghadapi kecederaan kecil sedemikian? Mari kita semak dengan teliti beberapa panduan atau tips di bawah kerana suatu hari nanti anda mungkin memerlukannya;

Rabu, 16 Disember 2015

PROGRAM DIET : BERHATI-HATI DALAM MEMILIH

Berdiet adalah cara lazim yang digunakan untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan. Selari dengan kemajuan dunia, maka telah tercipta pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan. Pun begitu, harus ditekankan di sini bahawa untuk setiap pilihan diet tersebut ada baik dan buruknya kepada kesihatan. Jesteru, keseimbangan antara diet dan tingkat kecergasan melalui senaman adalah paling wajar dilakukan secara rutin.

Wajar sekiranya kita mengetahui terebih dahulu apakah program diet yang baik dan apakah pula program diet yang mendatangkan kesan sebaliknya. Di sini dinyatakan perkara-perkara yang perlu anda tahu mengenainya iaitu ;

Rabu, 18 November 2015

BUAH PINGGANG ANUGERAH ALLAH YANG TIDAK TERNILAI



Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab untuk mennyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda – setiap hari – buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.

Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.

Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.

Rabu, 11 November 2015

KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES



Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki. Marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan komplikasinya.

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Rabu, 4 November 2015

SEIMBANGKAN PEMAKANAN DAN SENAMAN




Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik. Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser.

Kajian menyarankan agar kita melakukan senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak lima kali seminggu, kerana ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus.

Selasa, 27 Oktober 2015

KEBAIKAN PENGAMBILAN SERAT DALAM DIET



Serat merupakan komponen bahan makanan yang tidak dapat dicerna dan diserap oleh tubuh. Tidak seperti komponen makanan yang lain seperti lemak, karbohidtrat atau protein yang boleh diserap tetapi kemudian memberi kesan kepada tubuh badan. Jesteru pengambilan banyak serat amat disarankan, tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Serat tergolong di dalam dua kategori iaitu:

Jumaat, 16 Oktober 2015

DIET : JADI KURUS VS BERAT BADAN IDEAL



Apabila menyentuh tentang soal diet, perkara yang terlintas di minda kita hanyalah pil kurus, jamu, dan ikat perut. Disebabkan itu ramai dalam kalangan kita yang dikatakan sedang ‘berdiet’ dimasukkan ke hospital gara-gara mahu menurunkan berat badan.

Memang tidak dinafikan dengan mengawal makan dan mengambil pil-pil kurus, mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing, namun mengamalkan diet yang tidak tepat, berat badan ideal yang berjaya dicapai tidak semena-semena kembali naik malah kesihatan juga mungkin terjejas.

Sabtu, 10 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA 2015 : SATU INISIATIF YANG HEBAT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.

Manakala pada hari ini 10 Oktober 2015,Lebih 5,000 orang bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama lebih 5000 orang  melakukan aktiviti senaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena perasmian Hari Sukan Negara.

Selasa, 6 Oktober 2015

GAYA HIDUP MODEN PENYUMBANG PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyakit kardiovaskular (CVD) seperti strok dan jantung antara penyebab utama kematian di Malaysia. Sehingga 2011, kategori ‘pembunuh senyap’ itu membunuh kira-kira 17 juta penduduk dan setiap tiga daripada 10 kematian adalah disebabkan CVD. Kolesterol tinggi menjadi antara faktor utama penyakit jantung koronari, serangan jantung serta strok. Individu yang mempunyai kolesterol tinggi adalah dua kali lebih tinggi berisiko mendapat serangan jantung.

Isnin, 5 Oktober 2015

PEMAKANAN SEMPURNA, TUMBESARAN SEMPURNA SIRI 2

Sebelum ini kita berkongsi bagaimana tip untuk menjadikan makanan itu satu pemakanan sempurna untuk tumbesaran anak-anak. Kali ini mari kita kongsikan dua tip lagi bagi melengkapkan bagaimana kita ingin menjadikan ianya Pemakanan Sempurna untuk Tumbesaran Sempurna iaitu;

A. TABIAT PEMAKAN YANG BAIK

Amalkan Pemilihan Makanan Sihat. Anda teladan si manja. Dengan mengajar mereka untuk membaca label makanan dan kandungan nutrisi pada makanan, anak anda boleh belajar untuk memilih makanan dengan bijak

Ahad, 27 September 2015

PEMAKANAN SEMPURNA, TUMBESARAN SEMPURNA SIRI 1

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya, terutama sekali dalam sola makanan. Namun, sekadar mengetauhi jenis makanan untuk si manja tidak mencukupi. Pilihan bijak tentang jumlah, kepelbagaian, kaedah penyediaan dan suasana makan juga sama pentingnya untuk membesarkan anak-anak yang kuat dan sihat. Di sini diberikan beberapa tip sebagai banduan untuk pemakan sempurna anak anda.


Sabtu, 19 September 2015

MANFAAT UDANG PADA JANTUNG

Seperti hidangan makanan laut yang lain yang kaya dengan khasiat, udang juga kaya dengan kalsium dan protein. Jadi, udang juga termasuk dalam sumber protein haiwan. Selain itu, udang mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin D, B12, E, B6, A, C, selenium, fosfor, besi dan tembaga, magnesium, zink, soda dan potassium dan mineral penting lain. Di sini sertakan beberapa khasiat udang sebagai panduan untuk anda ikuti;

Ahad, 13 September 2015

MADU PENAWAR YANG MUJARAB

Firman Allah SWT: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukau, di pokok-pokok kayu dan di rumah-rumah didirikan manusia,” “Kemudian makanlah dari segala macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang  telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya, yang mengandungi penawar untuk manusia. Sesungguhnya pada kejadian itu terdapat bukti (kekuasaan Allah) bagi golongan orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl :68-69).

Sabda Rasulullah saw, dari Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw bersabda: “Gunakanlah dua penawar ini iaitu madu dan Al-Quran.”

Isnin, 31 Ogos 2015

KURANG BERAT BADAN IKUT SUNNAH

Seorang pakar psikologi Mesir, Dr Wail Abu Hendi berpendapat cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah dengan memperbaiki kelakuan terhadap makanan. Beliau telah merangka program perlakuan mengikut sunah Nabi s.a.w.

Makan bukan sahaja boleh membawa kenikmatan, tetapi harus dilihat sebagai satu ibadah. Sebab itu Nabi s.a.w. tidak pernah lupa membaca bismillah sebelum menyuapkan makanan ke mulut. Tanggungjawab pertama Muslim terhadap makanan ialah, memastikan kehalalannya, samada dari segi bahan mahupun punca rezeki tersebut.

Khamis, 16 Julai 2015

MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan dan sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara berbahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu?

Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep. Microsleep secara mudahnya boleh didefinasikan sebagai tidur yang singkat. Ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...