NuffnangAds

Sabtu, 19 September 2015

MANFAAT UDANG PADA JANTUNG

Seperti hidangan makanan laut yang lain yang kaya dengan khasiat, udang juga kaya dengan kalsium dan protein. Jadi, udang juga termasuk dalam sumber protein haiwan. Selain itu, udang mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin D, B12, E, B6, A, C, selenium, fosfor, besi dan tembaga, magnesium, zink, soda dan potassium dan mineral penting lain. Di sini sertakan beberapa khasiat udang sebagai panduan untuk anda ikuti;


1. Menjaga kesihatan kardiavaskular (jantung) kerana kandugan asid lemak esensialnya akan menurunkan kalestrol jahat dan mencegah pengumpulan kepingan darah atau aterosklerosisi.

2. Memenuhi keperluan protein dengan asid amino berprofil lengkap yang mudah diserap tubuh.

3. Sangat sesuai untuk menu diet kerana kadar kalori tenaga yang rendah.

4. Memaksimumkan pelbagai fungsi organ-organ vital tubuh kerana kandungan vitaminnya yang pelbagai.

5. Sebagai antioksidan yang mampu menjaga kesihatan fungsi kekebalan tubuh, anti radikal bebas penyebab 50 jenis penyakit degenerative dan membantu pengeluaran antibody dengan kandungan selenium yang tinggi.

6. Membantu lebih daripada 70 jenis enzim, hormon dan proses biosintesa bekerja di dalam tubuh dengan kandungan zink di dalamnya.

7. Sangat penting untuk kecerdasan dan pertumbuhan anak dengan kandunga vitamin D, B12 dan omega 3 di dalamnya.

8. Mencegah penyakit darah rendah (anemia) dan berperanan dalam pembentukan sel darah merah kerana kandungan besi dan zinknya yang tinggi.

9.  Menjaga kesihatan mata dengan kandungan vitamin A.

10. Menjaga kesihatan kulit dan mencegah penyakit pellagra (kulit bersisik) dengna kandungan vitamin E (alpha tocopherol) dan niasin yang tinggi.


11. Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dengan kandungan vitamin D, kalsium dan potassium yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...