Sejak
pengumumam kerajaan bermula pada 1 Disember 2014 untuk menghentikan subsidi
petrol RON95 dan Diesel dan adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus
atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana
pelaksanaan penetapan harga runcit RON97, pelbagai spekulasi yang bermain di
setiap rakyat apabila tiba akhir bulan.
Begitu
juga apabila kerajaan mengumumkan tidak ada lagi pemberitahuan awal tentang
perubahan harga minyak kepada orang ramai sebaliknya hanya akan dimaklumkan
kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung
bulan. Situasi ini menghangatkan lagi spekulasi yang berlegar dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Ada
rakyat yang akan berbaris panjang pada setiap hujung bulan untuk mengisi penuh
minyak di stesen minyak, tidak kurang ada pula yang setiasa menghangatkan
tentang berita kenaikan minyak di laman dan saluran sosial. Ada juga yang tidak
ambil kisah kerana sudah berasa jemu dengan situasi yang berlaku dan
hanya akan mengisi minyak sekiranya perlu.
Harga minyak petrol dan diesel untuk
bulan Oktober 2015 disahkan naik sebanyak 10 sen seliter. Harga terkini RON95,
RON97 dan Dieseil terkini untuk bulan Oktober 2015 adalah seperti di bawah:
1. RON95 - RM 2.05 Sen Seliter
1. RON95 - RM 2.05 Sen Seliter
2. RON97 - RM 2.45 Sen Seliter (Termasuk 6%
GST)
3.Diesel - RM 1.90 Sen Seliter
Harga baru untuk petrol RON95, RON97 dan
Diesel itu telah diumumkan oleh Persatuan Penjual dan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan