NuffnangAds

Isnin, 7 September 2015

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015

Selamat menduduki UPSR 2015 kepada semua murid yang bersekolah di tahun 6. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan sentiasa berhati-hati dalam menjawab setiap soalan. Buktikanlah apa yang dilalui di sekolah selama beberapa tahun. Inilah masanya untuk anda mencurahkan segala apa yang  telah dipelajari selama ini.

Berjaya atau tidak ianya bukanlah satu ukuran, jika Berjaya itu adalah bonus bagi anda tapi jika belum
berjaya mungkin Allah swt mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda di masa hadapan. Jadi sentiasalah berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang diberikan dan ditakdirkan untuk anda.


Bagi ibu bapa pula, sentiasalah memberi semangat, memberi galakan dan sokongan serta banyakkan berdoa untuk anak-anak kita. Di sini ada satu amalan yang ingin dikongsikan datangnya daripada seorang guru yang sudah bersara 8 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari SMK Hutan Melintang, Perak, yang mana kesemua anak-anaknya Berjaya di dalam akademik.

Ini adalah amalan yang baik oleh ibu bapa agar anak-anak dapat menjawab soalan peperiksaan samada UPSR/PT3/SPM/STPM dan sebagainya dengan mudah dan tenang. Ketika anak-anak sedang menjawab peperiksaan ibu atau bapa di rumah pula boleh lakukan amalan ini:
  1. Ambil Wudhuk
  2. Menghadap kiblat
  3. Baca syahadah – 3 kali
  4. Al-Fatihah – 1 kali
  5. 3 Qul – 1 kali
  6. Surah Insyirah – 1 kali
  7. Selawat atas Nabi – 10 kali
  8. Baca Surah Yassin – 1 kali
  9. Baca Surah Insyirah – 100 kali
  10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.


Banyak lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi membantu anak-anak kita. Apa yang penting ialah kita sentiasalah memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak kita tidak kira apa yang berlaku. Solat hajat dan doakan selalu untuk anak-anak kita. Masa depan mereka yang sebenar adalah di Akhirat nanti...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...