Sebaik menerima bil setiap bulan, kita akan meletakkannya di
mana-mana yang sempat, di atas Tv mahupun di dalam kereta. Suatu kebiasaan yang
memudaratkan di kemudian hari kerana kemungkinan bil akan hilang adalah amat tinggi.
Untuk mengelakkan kehilangan, penting untuk kita mempunyai sIstem fail yang
sistematik kerana ia juga membantu dalam menjimatkan masa dan tenaga.
Failkan bil dan resit sebaik saja menerimanya. Bertangguh
menyimpan akan hanya menambah risiko kehilangan. Bagaimana?
- Dapatkan fail terpakai atau pun sampul surat besar sebagai tempat menyimpan.
- Bahagikan fail berkenaan kepada 3 bahagian iaitu jangka pendek, sederhana dan panjang.
- Jika menggunakan sampul pastikan ada 3 sampul dan ditulis setiap kategori di atasnya.
Bagaimana menggunakan fail?
FAIL JANGKA PENDEK
Gunakan fail ini utuk menyimpan bil-bil yang belum dibayar
seperti bil elektirk, air, internet atau kredit kad dan juga penyata
pengeluaran wang ATM. Anda juga boleh menyimpan resit pembelian barang-barang
keperluan harian.
Bertepatan dengan namanya fail jangka pendek, anda mempunyai
dua pilihan samada membuang bil dan resit berkenaan atau memindahkannya ke fail
jangka sederhana.
FAIL JANGKA SEDERHANA
Fail ini boleh digunakan untuk menyimpan bil. Tetapi ingat!
Pastikan anda hanya menyimpan bil yang sudah dibayar saja. Bil yang belum
dibayar haruslah terus disimpan di dalam fail jangka masa pendek. Contoh yang
boleh disimpan ialah bil air, telefon, elektrik dan kad kredit.
Anda dinasihatkan menyimpan bil berkenaan mengikut aturan
bulanan untuk memudahkan rujukan jika wujud sebarang isu atau masalah kemudian
hari. Menjelang akhir tahun, anda bolehlah membuang semua bil yang disimpan
kecuali yang boleh membantu mengurangkan cukai seperti bil pembelian buku, komputer
dan barangan sukan.
FAIL JANGKA MASA PANJANG
Fail ini digunakan untuk menyimpan resit pembelian
membabitkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh, pastikan anda menyimpan
resit pembelian peti sejuk, set teater rumah mahupun tilam berjenama. Simpanlah
bersama dengan kad jaminan barangan. Anda juga boleh menyimpan resit ubah suai
rumah, ini penting untuk anda menentukan nilai rumah jika bercadang untuk
menjualnya.
Sekali imbas, penyimpanan bil dan bil secara sistematik
adalah leceh dan rumit. Tetapi anda akan menghargai kepentingannya apabila anda
selalu tercari-cari bil yang hilang. Di samping itu, sistem pemfailan juga
dapat membantu anda sebagai pengguna andai kata barang yang dibeli mengalami
kerosakan dan yang terpenting, ia memudahkan waris membuat tuntutan jika
sesuatu yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, amalkan sistem pemfailan
sistematik.
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat dan jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan