Tahun 2015 diberi kesempatan oleh Allah swt untuk balik
beraya di Labuan, setelah 7 tahun tidak balik ke Labuan untuk menyambut Hari
Raya Qurban bersama keluarga. Bukan tidak ingin beraya sebelum ini tetapi
kekangan masa, maklumlah cuti Hari Raya Qurban selalunya hanya sehari. Namun
tahun ini ianya sama dengan cuti sekolah seminggu, maka kesempatan ini kami
sekeluarga menggunakan sebaiknya untuk ke Labuan dari Sandakan, Sabah.
Perjalanan yang mengambil masa 8 hingga 9 jam dari Sandakan
ke Menumbok sesungguhnya memerlukan daya tahan dan stamina yang tinggi.
Selalunya kami akan singgah di Kota Kinabalu dan menginap di homestay kami
sendiri sebelum meneruskan perjalanan keesokannya. Perjalanan ini memerlukan
perancangan yang teliti dan lebih awal
agar sampai ke Labuan seperti yang diinginkan.
Di Menumbok pula pelbagai opsyen dan faktor perlu di ambil
kira. Ini kerana, perjalanan menempuhi lautan ke seberang Labuan adalah
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Feri Kenderaan Dan Bot Laju (penuh
penumpang baru bertolak). Oleh sebab itu, perancangan perlu dilakukan dengan
lebih teliti apabila mengambil kira faktor di atas dari segi jadual,
pengangkutan yang ingin dinaiki dan jangkaan masa tiba di menumbok.
Pada kali ini, saya tidak membawa masuk kereta ke Labuan. Walaupun untuk masuk ke Labuan tempat masih ada, tetapi untuk keluar dari Labuan semua feri telah penuh. Jesteru itu, kereta saya tinggalkan di Menumbuk dengan bayaran RM5 sehari, dan kami sekeluarga menaiki bot laju. Memang agak memenatkan dan mencabar tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui.
Pada kali ini, saya tidak membawa masuk kereta ke Labuan. Walaupun untuk masuk ke Labuan tempat masih ada, tetapi untuk keluar dari Labuan semua feri telah penuh. Jesteru itu, kereta saya tinggalkan di Menumbuk dengan bayaran RM5 sehari, dan kami sekeluarga menaiki bot laju. Memang agak memenatkan dan mencabar tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui.
Bagi mereka yang bujang, seperti tiada masalah cuma
terkejar-kejar dengan masa. Bagi mereka yang mempunyai keluarga terutamanya
kanak-kanak kecil pastinya cabaran lebih hebat dengan karenah anak-anak,
menunggu dengan masa yang lama jadual feri yang ditetapkan, dengan
barang-barang yang banyak dan berat, dengan ketakutan menaiki bot laju, dan
bermacam-macam lagi cabaran perlu dihadapi. Semua ini dialalui hanya untuk
sampai ke Labuan untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan atau ada urusan yang
penting.
Inilah jerit payah yang perlu dilalui untuk sampai ke Labuan
melalui jalan darat dan laut. Ia bukan sekadar perjalanan tapi ia adalah satu
perjuangan dan pengorbanan. Bayangkan bagi mereka yang tinggal lebih jauh
seperti di Tawau dan kawasan-kawasan pedalaman, pastinya ianya lebih memerlukan
satu perancangan yang lebih teliti, terancang dan pengorbanan yang tinggi.
Tetapi semua ini boleh dikurangkan dan diatasi dengan lebih
baik sekiranya sebuah Jambatan menyeberangi tanah besar Sabah ke Labuan
direalisasikan. Pastinya perjalanan itu pada bila-bila masa sahaja boleh
dilakukan tanpa risau akan penuhnya feri kenderaan, tanpa risau habisnya bot
laju di malam hari, tanpa risau terkejar-kejar dengan masa dan tanpa risau
dengan ikatan jadual pelayaran serta tanpa risau dengan ombak yang tidak menentu.
Saya pastinya gembira sekiranya fantasi ini akan menjadi realiti.
Pastinya ramai juga yang akan gembira, terutamanya anak-anak Labuan yang
merantau jauh ke Sabah atau Sarawak. Gembira kerana satu kemudahan dan
kesenangan untuk sampai ke Labuan. Gembira kerana jerit payah sampai ke Labuan
tidak lagi seperti dulu.
Tetapi pastinya ramai pula yang akan berduka, ramai yang
akan membantah dan ramai yang tidak senang duduk sekiranya fantasi ini menjadi realiti.
Siapakah mereka ini? Siapakah di sebaliknya untuk terus menjadikan ini fantasi?
Adakah mereka ini benar-benar wujud?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan