NuffnangAds

Rabu, 27 Januari 2016

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN BELIA BSN 2016

Ini lagi satu berita yang baik kepada belia-belia yang sedang mencari-cari pembiayaan untuk membeli rumah pertama. Skim pembiayaan ini merupakan inisiatif daripada BSN dengan kerjasama KWSP untuk mewujudkan Skim Perumahan Belia BSN 2016. Skim ini mempelawa belia yang telah pun berkahwin berumur dari 25 hingga 40 tahun untuk mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini. Pemohon juga mestilah tidak pernah memiliki rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.

Apa yang menarik daripada skim ini ialah pembiayaan untuk memiliki rumah bagi yang layak ditanggung sepenuhnya 100% oleh BSN. Ertinya anda tidak perlu mengemukakan 10% deposit daripada harga rumah. Selain itu, yang paling menarik ialah anda akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 untuk 24 bulan pertama atau 2 tahun pertama daripada kerajaan Malaysia.

Selasa, 26 Januari 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PTD 2016 (PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41)

Setelah menduduki peperiksaan secara online bagi calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pengambilan 2016 inilah masanya anda menantikan dengan penuh debar keputusan samada ada terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya. Bukan calang-calang calon yang boleh lepas dalam peperiksaan awal ini. Walau apa pun ada telah melakukan yang terbaik untuk lulus dalam peperiksaan ini.

Semakan keputusan PTD 2016 Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 boleh disemak pada hari ini 26 Januari 2016. Semua calon yang telah menduduki peperiksaan online bagi jawatan tersebut bolehlah membuat semakan secara atas talian online di laman SPA DI SINI.

Isnin, 25 Januari 2016

MENCARI KEBERKATAN REZEKI DALAM BEKERJA

Malas, enggan bekerja, hendak kerja senang sahaja. Ini bukan budaya kerja yang diajarkan Islam. Apatah lagi menganggur, sama sekali tiada dalam kamus Islam. Alam terbentang luas dijadikan medan untuk untuk umat Islam bekerja mencari rezeki. Yang rajin dan tidak berputus asa, mereka akan berjaya dan kaya raya.

Kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat kerana Allah akan menjadi ibadat. Kita hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia adalah satu ibadat. Islam menggariskan lima etika bekerja yang harus dipatuhi untuk memastikan keberkatan rezeki.

Rabu, 20 Januari 2016

PERMOHONON UPU ONLINE KINI DIBUKA

WORDLESS WEDNESDAY-HARI TANPA AYAT ATAU KETERANGAN DALAM ENTRI BLOGGER SELURUH DUNIA, HANYA GAMBAR SEMATA-MATA...


Selasa, 19 Januari 2016

TIPS UNTUK ORANG BARU DI GIMNASIUM

Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gymnasium. Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Tapi perlu diketauhi anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan menggunakan alatan di sini tanpa bimbingan. Bimbang sihat yang anda mahu kecederaan yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gymnasium.

1. Pastikan Perut Anda Berisi
Jangan sesekali ke gimnasium dengan perut yan g lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwich, roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satau atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.

Sabtu, 16 Januari 2016

PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016


PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka semula permohonan pertukaran guru iaitu Permohonan Pertukaran Khas Guru Antara Negeri Sesi Januari Bil 1/2016 secara online EGtukar di https://epgo.moe.gov.my/
Permohonan ini adalah dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (Kup Time-Based), DG34 (Kup Time-Based), DG38 (Kup Time-Based), DG41, DG42, DG44 (Kup Time-Based), DG48 (Kup Time-Based), DG52 (Kup Time-Based) Dan Dg54 (Kup Time-Based) 


Ianya dibuka Mulai 15 Hingga 25 Januari 2016 Bagi Negeri Yang Mempunyai Lebihan Pengisian Guru Ke Negeri Yang Mempunyai Kekosongan Perjawatan.

Jumaat, 15 Januari 2016

TAWARAN MENARIK TERBARU DARIPADA PTPTN KEPADA PEMINJAM

Ini satu berita yang baik kepada pemimjam-pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, terutamanya kepada mereka yang mempunyai tunggakan bulanan yang banyak, juga kepada yang tidak pernah membayar semula pinjaman PTPTN.

Terkini PTPTN membuat telah membuat tawaran yang hebat khusus kepada anda peminjam PTPTN, di mana peminjam boleh membuat pilihan samada membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama, bagi membolehkan proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukan kepada Ujrah (Biasiswa). Tawaran ini hanya dibuka kepada peminjam yang tidak pernah dihantar notis saman, disenarai CCRIS dan Blacklist adalah layak untuk mendapatkan tawaran ini. Ia juga bagi mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan, namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak ptptn bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.

SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2015

Calon-Calon yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 boleh membuat semakan keputusan masing-masing mulai 21 Januari ini bersamaan hari khamis. Demikian dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Laman Rasmi www.moe.gov.my.

Semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan keluar pada Khamis 21 Januari 2016 selepas jam 9.00 pagi. Calon-calon pula boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Manakala calon persendirian pula akan diumumkan menerusi pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Daerah masing-masing.

BERHATI-HATI DENGAN HARAPAN DAN TIPU DAYA SYAITAN

Seseorang hamba Allah SWT itu perlu menyedari akan adanya sebuah musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihat, menyesatkan dan memesongkan dirinya daripada jalan Allah SWT. Berbagai taktik dan cara digunakan tanpa kita sedari yang membawa kita ke arah jalan yang dimurkai oleh Allah SWT terutamnya dengan harapan-harapan yang tinggi. 

Oleh kerana itu kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk jalan yang lurus, diberi kebaikan dunia dan akhirat. Inilah harapan yang kita perlu sandarkan kepada Allah SWT bagi meneruskan kehidupan, namun ada juga di antara kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Ingatkah lagi kisah tentang Nabi Adam. Nabi Adamlah manusia pertama yang disogokkan dengan harapan melalui bisikan syaitan. Akhirnya harapan yang diberikan oleh syaitan itu sebenarnya merupakan tipu daya yang menyebabkan Nabi Adam dikeluarkan daripada syurga Allah SWT dan dihantar ke dunia. Manusia yang diangkat sebagai Nabi oleh Allah SWT pun boleh terpedaya dengan syaitan, apa lagi kita ini sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa.

Rabu, 13 Januari 2016

SEMAKAN TAWARAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, SMT, DAN IKTBN AMBILAN JANUARI 2016

SEMAKAN TAWARAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, SMT, DAN IKTBN AMBILAN JANUARI 2016
Makluman kepada semua pelajar yang telah memohon untuk memasuki Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik (SMT)  dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) ambilan Januari 2016 bolehlah membuat semakan tawaran tersebut mulai 18 Januari hingga 25 Januari 2016 di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my.
Demikian dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasminya pada 13 Januari 2016. Kepada yang berkenaan boleh merujuk pemberitahuan rasmi tersebut disini. Jadi kepada calon-calon yang telah memohon program tersebut bolehlah membuat semakan bermula 18 Januari ini iaitu pada hari Isnin ini.

Isnin, 11 Januari 2016

KAEDAH RAWATAN AWAL KECEDERAAN KECIL DI RUMAH

Tentunya anda pernah mengalami kecederaan di rumah samada terluka, melecur, membengkak dan sebagainya. Terkadang anda tidak tahu bagaimana untuk merawatnya lebih awal jika berlaku kecederaan yang boleh dianggap kecil. Apabila ini berlaku anda tentunya membawa ke klinik atau pun hospital yang berdekatan, dan ini akan meningkatkan kos hidup anda. Sedangkan kecederaan kecil ini anda boleh merawatnya sendiri dan pastinya ia akan menjimatkan kos perubatan anda.

Jadi apa yang anda perlu lakukan bila menghadapi kecederaan kecil sedemikian? Mari kita semak dengan teliti beberapa panduan atau tips di bawah kerana suatu hari nanti anda mungkin memerlukannya;

Khamis, 7 Januari 2016

TIPS JADIKAN IMPIAN BERCUTI ANDA DIREALISASIKAN

Setiap kali bermulanya awal tahun, pasti ramai yang merangka untuk melakukan pelbagai perkara dalam hidup. Memulakan tahun 2016 dengan perancangan yang memenuhi kalender termasuk melancong atau mengembara merupakan antara agenda yang ingin dipenuhi.

Ada juga di antara kita yang ingin melancong setiap tahun atau mungkin masih belum sempat menikmati percutian tahun lalu, tetapi pada tahun ini mungkin ianya memberikan anda percutian lebih menyeronokkan.

Di sini disertakan beberapa tips pe­nyelesaian mengembara atau bercuti pada tahun ini agar ianya dapat direalisasikan oleh anda seperti yang anda mahukan.

Ahad, 3 Januari 2016

KEPADA PENDIDIK : MURID KITA MENTAH, JIWA MEREKA RAPUH

Apabila ingin memulakan persekolahan, ramai kalangan kita yang berkongsi kata-kata semangat yang pelbagai jenis. Di bawah ini adalah satu kata-kata indah pencetus semangat yang penulis dapat daripada media sosial yang dikongsikan oleh rakan-rakan. Kata-kata indah untuk renungan rakan-rakan yang bergelar pendidik. Semoga ia menjadi pencetus semangat untuk pendidik dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab terutamanya dalam mendidik murid-murid yang masih mentah dan jiwanya rapuh. Kredit kepada yang menulis dan berkongsi...

Kenapa Murid aku tidak pandai
Kenapa Murid aku degil
Kenapa Murid aku tidak jadi seperti yang aku hendak...

Murid buah hati kita, Jangan bandingkan di antara mereka.
Yang pandai jangan terlalu di puji,
Yang lemah janganlah kita keji.

Murid baik, Murid cerdik, Cuma ujian Allah,
Allah nak tengok kita demand ka tidak, letak syarat ka tidak,
Kerja kuat ka tidak, sabar ka tidak.

Sabtu, 2 Januari 2016

KEWAJIBAN ZAKAT : SATU RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

Bila mengimbau kembali sejarah di zaman kepimpinan Saidina Abu Bakar As Siddiq selepas kewafatan Rasulullah SAW yang memerrangi golongan yang enggan membayar zakat. Terlintas di fikiran mengapa ianya menjadi agenda penting dalam kepimpinan beliau. Ternyata beliau berada pada landasan yang betul apabila melihat besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat islam dalam kewajipan zakat.

Di zaman ini ‘perang’ kepada golongan yang enggan membayar zakat berlainan pendekatan ‘perangnya’, lebih kepada psikologi dan penyebaran maklumat untuk menyedarkan umat islam tantang kewajiban Rukun Islam yang keempat ini. Di akhir tahun, banyak pendekatan  dilakukan samada iklan, di forum-forum, ceramah-ceramah malah kepada pembukaan pusat pungutan zakat yang dibuka 7 hari seminggu.

Kewajipan berzakat banyak Allah swt rakamkan dalam al-quran, begitu juga dalam Sunnah-sunnah Rasulullah saw, menyedarkan kita tentang begitu tingginya amalan ini di sisi Allah swt. Tidak perlulah dinyatakan disini, kita boleh merujuk dengan membaca kitab-kitab sahih atau lagi mudah membuat carian di internet. Apa yang pasti kewajipan ini menunjukkan betapa besar dan tingginya rahmat dan kasih saying Allah swt kepada kita. Bayangkan seandainya kewajipan zakat ini tidak ada pasti ramai lagi di antara kita yang lupa diri, bongkak, sombong dan meninggi diri dengan kelebihan harta yang kita ada.

MALIAU BASIN (SABAH'S LOST WORLD) : THE BEST ADVENTURE


Maliau Basin ( Sabah's Lost World )
Nature explorers will simply love the Maliau Basin as it is an excellent site for jungle trekking and bird watching. It contains an unusual assemblage of 12 forest types, comprising mainly of lower montane forest dominated by majestic Agathis trees, rare montane heath forest and lowland, and hill diperocarp forest. The highlight of the adventure is to trek the majestic 7 tiers Maliau Falls. 

Keen visitors must, however, obtain a permission to enter the Maliau Basin in advance from Yayasan Sabah. Also bear in mind that Maliau Basin is a remote, atavistic and isolated area with limited access, communications and safety facilities.

Activities
Nature explorers will simply love the Maliau Basin as it is an excellent site for jungle trekking and bird watching. At night, visitors may also take a night drive for wildlife spotting. Water babies can also take a dip in the beautiful waterfall.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...