Setiap kali bermulanya awal tahun, pasti ramai yang
merangka untuk melakukan pelbagai perkara dalam hidup. Memulakan tahun 2016
dengan perancangan yang memenuhi kalender termasuk melancong atau mengembara
merupakan antara agenda yang ingin dipenuhi.
Ada juga di antara kita yang ingin melancong setiap tahun
atau mungkin masih belum sempat menikmati percutian tahun lalu, tetapi pada tahun
ini mungkin ianya memberikan anda percutian lebih menyeronokkan.
Di sini disertakan beberapa tips penyelesaian
mengembara atau bercuti pada tahun ini agar ianya dapat direalisasikan oleh
anda seperti yang anda mahukan.
1. Realisasikan Rancangan Percutian Anda
Pasti ramai yang telah mengimpikan untuk bercuti, apalagi
untuk pergi ke destinasi percutian idaman. Jadikannya sesuatu yang
direalisasikan bukan lagi impian tahun ini. Salah satu caranya ialah dengan
menggunakan tabungan yang anda simpan untuk bercuti ke luar negara.
Namun sekiranya ianya tidak mencukupi, masih ada cara
untuk memenuhi impian percutian anda dengan iaitu dengan memilih ke destinasi percutian dalam negara.
Cuba untuk berniat bahawa tahun 2016 ini untuk melaksanakan
impian bercuti anda dan berhenti untuk membuat pertimbangan yang terlalu banyak
kerana akan membuatkan percutian anda tertunda dan mungkin dilupakan terus.
2. Mohon Cuti Awal
Setiap tahun diperuntukan cuti bekerja untuk anda. Ada yang
boleh membawa baki cuti ke hadapan. Inilah masanya untuk anda gunakan cuti itu
sebaiknya. Pilihlah destinasi percutian yang sesuai dengan tujuan dan kemahuan
anda. Yang penting ianya dapat memberikan ketenangan, keseronokan dan jauh dari
kesibukan kerja anda.
3. Pilih Untuk Bercuti Sendirian
Mungkin selama ini anda biasa bercuti secara berkumpulan
samada bersama keluarga atau rakan-rakan. Jarang sekali untuk memilih bercuti
secara bersendirian. Lakukan percutian secara solo untuk tahun 2016, pasti ia
memberikan pengalaman yang berbeza.
Ianya pasti akan menguji diri anda sendiri dari segi
mengenal diri, kekuatan dan ketakutan. Pastinya juga memberikan pravisi yang
tinggi kepada anda tanpa perlu berkompromi dengan orang lain untuk terus
menjelajah percutian anda.
4. Dapatkan Jurnal Perjalanan
Belilah buku yang mengisahkan tentang jurnal perjalanan
sesorang atau apa saja bagi menimba pengalaman dan memberikan inspirasi untuk
anda. Buku yang dipilih bukannya buku panduan bercuti tetapi ianya buku yang
mengandungi tentang catatan dan kisah perjalanan serta pengalaman orang lain.
Mungkin satu hari nanti anda pula yang menulis dan mengeluarkan jurnal
perjalanan sendiri.
5. Tinggalkan Gajet Seketika
Apa sahaja yang berlaku dalam dunia kita pastinya ingin
dikongsikan bersama di dalam media sosial melalui gajet yang ada. Samada semasa
makan, bermain, duduk, bersenam dan sebagainya semuanya ingin dikongsikan.
Inilah masanya untuk anda tinggakan seketika gajet anda
terutama ketika bercuti. Tinggalkan laptop atau tablet anda ketika melancong,
hanya cukup untuk membawa telefon bimbit. Ini serba sedikit akan mengawal anda
daripada memuat turun status anda semasa bercuti. Ianya akan memberi lebih makna
kerana anda boleh menikmati percutian dengan sepenuhnya.
6. Cuba Makanan Tempatan
Jika ke luar negara, inilah masanya untuk mencabar diri
makan makanan yang dimakan oleh masyarakat tempatan. Cabarlah diri anda untuk
menjadi seperti orang tempatan, tinggalkanlah nasi seketika saat menjamu
selera.
Jika bercuti dalam negeri, makanan tempatan yang ada
jangan dilepaskan untuk mencubanya, pastinya ia menjanjikan kelainan dalam
sajian bercuti anda.
7. Buat Daftar Barangan Perlu
Inilah masanya untuk anda melatih diri untuk
menyenaraikan barangan yang perlu dan penting sahaja. Juga belajar mengemas
secara lebih sistematik iaitu dengan cara menggulung baju yang akan mendapat
ruang yang lebih di dalam beg.
Pastinya anda tidak mahu membayar lebihan berat bagasi.
Ini dapat dielakkan dengan membuat daftar barang bawaan yang penting dan biasakan tidak
membawa barang berlebihan.
8. Miliki Kelengkapan Percutian
Tahun 2016 ini anda sudah boleh merancang untuk
kelengkapan percutian yang anda inginkan seperti beg. Ianya bergantung kepada
tujaun percutian seperti jika ingin snorkling bolehlah membeli seperti ‘masker’
dan snorkel. Jika yang lebih adventure bolehlah membeli beg tidur dan khemah.
Bagaimanapun, jika mempunyai baget yang kecil anda bolehlah
sekadar menyediakan kelengkapan yang sederhana semasa bercuti.
Selamat bercuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan