Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gymnasium.
Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh
badan. Tapi perlu diketauhi anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan
menggunakan alatan di sini tanpa bimbingan. Bimbang sihat yang anda mahu
kecederaan yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika
mahu bersenam di gymnasium.
1. Pastikan Perut Anda Berisi
Jangan sesekali ke gimnasium dengan perut yan g lapar.
Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwich,
roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam
tempoh satau atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis
makanan yang mudah dihadam.
2. Gunakan Teknik Yang Betul
Anda berisiko untuk mendapat kecederaan jika tidak
melakukan teknik pemanasan yang betul sebelum melakukan senaman di gimnasium. Tubuh
juga memerlukan waktu untuk membiasakan diri dengan aktiviti yang bakal
dilakukan. Sebab itulah aktiviti pemanas badan harus dipraktikan seperti
berlari setempat, bejalan di treadmill dan lain-lain lagi.
3. Hadkan Bentuk Senaman
Jangan sesekali melakukan senaman yang berat melibatkan
kardio, berlari di atas treadmill dan beberapa jenis senaman yang seumpama
dengannya. Ini secara tidak langsung membebankan tubuh untuk menampung latihan
yang tidak biasa dilakukan. Sebaiknya, mulakan dengan senaman yang ringan dan
buatlah secara perlahan-lahan. Paling penting biarlah ia mengikut turutan dan
usah sekali-sekala praktikan senaman secara sembarangan.
4. Usah Bebankan Tubuh
Mengangkat beban yang terlalu berat di peringkat awal
apatah lagi di hari pertama ke gimnasium boleh mengakibatkan tubuh berasa
terlalu letih dan tidak selesa. Lakukan senaman yang ringan dan praktikkan
secara teratur selama beberapa hari. Paling tidak tiga minggu pertama sebelum
anda memutuskan untuk mengangkat berat. Jangan kerana ingin kelihatan gagah
maka anda sanggup mencederakan diri sendiri.
5. Jangan Terlalu Penat
Ramai yang terlalu bersemangat tatkala pertama kali
menjejakkan kaki ke gimnasium. Sampaikan ada yang sanggup memperuntukkan banyak
masa di sana dengan melakukan pelbagai kjenis senaman walau pun ada di
antaranya tidak sesuai dilakukan. Sebaiknya, janganlah terlalu obsess dengan
peralatan dan senaman tersebut hinga banyak tenaga digunakan di situ. Gunakan
tenaga anda secara bijak bagi menambah tenaga selebihnya di hari-hari kemudian.
Paling penting adalah keselamatan anda dan elakkan daripada
mendapat kecederaan melalui bimbingan yang betul. Ini akan menambahkan lagi
semangat anda untuk terus mengekalkan kesihatan di gimnasium dengan penggunaan
yang sistematik dan betul. Selamat bersenam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan