NuffnangAds

Jumaat, 15 Januari 2016

TAWARAN MENARIK TERBARU DARIPADA PTPTN KEPADA PEMINJAM

Ini satu berita yang baik kepada pemimjam-pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, terutamanya kepada mereka yang mempunyai tunggakan bulanan yang banyak, juga kepada yang tidak pernah membayar semula pinjaman PTPTN.

Terkini PTPTN membuat telah membuat tawaran yang hebat khusus kepada anda peminjam PTPTN, di mana peminjam boleh membuat pilihan samada membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama, bagi membolehkan proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukan kepada Ujrah (Biasiswa). Tawaran ini hanya dibuka kepada peminjam yang tidak pernah dihantar notis saman, disenarai CCRIS dan Blacklist adalah layak untuk mendapatkan tawaran ini. Ia juga bagi mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan, namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak ptptn bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.


Bagaimananpun, tawaran ini hanya dibuka sehingga 20 Januari 2016 sahaja. Untuk mendapatkan tawaran ini anda perlu berunding di kaunter PTPTN yang berhampiran dengan anda sebelum tawaran ini berakhir. Sebelum ini, polisi PTPTN mensyaratkan peminjam membuat bayaran sebanyak 50 daripada jumlah tunggakan, namun polisi baharu kini anda tidak perlu lagi membayar jumlah yang banyak melainkan hanya RM300 sahaja atau bayar ansuran 3 bulan pertama.




Rebutlah peluang ini bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan oleh PTPTN yang akan menyulitkan lagi urusan anda bila anda memerlukan pinjaman atau mahu ke luar Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...