NuffnangAds

Rabu, 27 Januari 2016

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN BELIA BSN 2016

Ini lagi satu berita yang baik kepada belia-belia yang sedang mencari-cari pembiayaan untuk membeli rumah pertama. Skim pembiayaan ini merupakan inisiatif daripada BSN dengan kerjasama KWSP untuk mewujudkan Skim Perumahan Belia BSN 2016. Skim ini mempelawa belia yang telah pun berkahwin berumur dari 25 hingga 40 tahun untuk mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini. Pemohon juga mestilah tidak pernah memiliki rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.

Apa yang menarik daripada skim ini ialah pembiayaan untuk memiliki rumah bagi yang layak ditanggung sepenuhnya 100% oleh BSN. Ertinya anda tidak perlu mengemukakan 10% deposit daripada harga rumah. Selain itu, yang paling menarik ialah anda akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 untuk 24 bulan pertama atau 2 tahun pertama daripada kerajaan Malaysia.


Wow! Hebatnya skim ini. Jadi kepada belia inilah masanya untuk anda memiliki rumah pertama anda. Gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya demi merancang masa depan yang lebih baik dengan memiliki rumah.

Dibawah ini disenaraikan secara ringkas butiran kelayakan dan kelebihan Skim Perumahan Belia BSN 2016...

Syarat-Syarat Permohonan SPB BSN
- Warganegara Malaysia
- Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
- Pembeli rumah pertama sahaja

Maklumat Pembiayaan SPB
- Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
- Margin Pembiayaan : i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah

- Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
- Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% *
*(Tertakluk terma & syarat) (BLR /BFR semasa ialah 6.85%)

- Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional
- Maklumat lanjut SPB klik YHS



Bantuan Sokongan Kerajaan Untuk SPB
- Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama
- Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan
Dokumen yang diperlukan untuk memohon SPB
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN - Klik Borang BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Nikah yang sah
- Pemohon Berpendapatan Tetap
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
- Salinan penyata KWSP
- Surat pengesahan berkerja daripada majikan
- Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Pemohon Bersama
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Cara bayaran yang disediakan
- Kredit bulanan ke GIRO / GIRO-i


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...