Tabung Haji hari ini telah mengumumkan pemberian Bonus
Tabung Haji untuk tahun kewangan berakhir 2015 ini akan dibayar kepada semua
pendeposit bermulai 10 Februari 2016 ke akaun masing-masing. Semakan bonus
tersebut boleh dilakukan menerusi ATM, kaunter Tabung Haji dan bank-bank yang
bekerjasama dengan Tabung Haji.
Bonus Tabung Haji untuk tahun kewangan berkahir 2015 secara rasminya diumumkan bonus
tahunan sebanyak 5 peratus kepada semua pendeposit dengan tambahan sebanyak 3
peratus lagi untuk pendeposit yang belum lagi menunaikan haji. Berita ini
pastinya memberikan perkhabaran yang baik kepada ramai pendeposit di Lembaga
Tabung Haji malah juga kepada pemerhati pelaburan.
Sejak mula ditubuhkan, Tabung Haji sering memberikan
kadar bonus yang agak baik dan tinggi setiap tahun. Namun pada tahun ini adanya
spekulasi menyatakan bahawa Tabung Haji sedang mengalami krisis dari segi
kedudukan kewangan dan aset, yang membuatkan ramai yang tidak senang duduk.
Walhal, perkara mengenai bonus hasil dari tabungan dan pelaburan adalah
bergantung dengan keadaan ekonomi dan ia boleh samada tidak diberikan atau
diberikan dalam kadar yang rendah.
Alhamdulillah, akhirnya spekulasi dan teka-teki mengenai pembayaran bonus
Tabung Haji telah terjawab. Sememangnya ramai yang risau dan tidak lebih
juga yang ragu-ragu akan kemampuan pihak Tabung Haji untuk memberikan bonus
tahun 2016 (kewangan 2015). Dengan pengumuman bonus ini diharap dapatlah
menggembirakan para pendeposit seperti saya ini juga dapat menutup berbagai
spekulasi terhadap Tabung Haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan