NuffnangAds

Rabu, 30 Mac 2016

DISKAUN 50% PINJAMAN PELAJARAN MARA 2016 ONLINE

Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran MARA 2016 Secara Online...


Ini berita yang sangat menggembirakan kepada anda, terutama sekali kepada peminjam yang membuat pinjaman MARA. Ingat hanya untuk peminjam pinjaman pelajaran/pengajian sahaja bukan untuk pinjaman yang lain. Seronok la bagi mereka yang membuat pinjaman MARA. Dulu pernah juga memahon tapi tidak Berjaya, tapi wife pernah ditawarkan tetapi menolak dan ambil pinjaman dari ptptn, dan sekarang rasa menyesal.


Apa yang berita menggembirakan daripada MARA ialah, mereka menawarkan satu Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA kepada mereka yang belum menyelesaikan sepenuhnya pinjaman. Syarat yang paling utama ialah perlu membuat pembayaran sekaligus atau kata lain bayar sepenuhnya pinjaman dan dapat diskaun 50%. Contohnya jika pinjaman ada sekarang RM10 000, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 5000 sahaja.

Tapi sebelum itu anda perlu memahami, mematuhi dan mengikuti juga syarat-syarat lain perlu dinyatakan di bawah ini. Adalah juga diingatkan yang hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap pemohon. Syarat yang lain ialah seperti berikut ; 
Peminjam yang lulus pengajian


1.   Peminjam yang telah mendapat tajaan bermula tahun 2010 dan sebelumnya serta tidak pernah mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik (conversion).

2.   Peminjam yang telah mendapat pengurangan bayaran balik (conversion) adalah tidak layak untuk memohon kemudahan ini 

3.   Membuat bayaran lump sum (sekaligus)

4.   Boleh membayar pinjaman melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Peminjam perlu menyertakan bukti pengesahan penerimaan daripada KWSP jika hendak membuat bayaran Pemberian Insentif (Diskaun) 50% ini

5.   Rujuk Soalan Lazim permohonan di FAQ

6.   Pastikan juga maklumat yang diisi adalah lengkap dan sempurna sebelum menhantar permohonan secara online. Permohonan pengurangan pinjaman MARA ini akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu. 

7.   Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA ini hendaklah di mohon secara online seperti panduan syarat-syarat berikut :- 


·        Applikasi Permohonan Online : http://insentif50.mara.gov.my/
·   Login menggunakan No Kad Pengenalan Baru/ Lama dan No AKaun MARA



Untuk lebih lanjut tentang syarat permohonan anda boleh klik di sini syarat permohonan.

Kepada mereka yang tidak pasti berapa baki pinjaman MARA anda yang terkini anda boleh menyemak baki pinjaman pelajaran terkini dengan klik Sistem eBaki

Untuk anda, rebutlah peluang ini dengan sebaiknya. Buatlah permohonan sekarang bagi mereka yang layak dan diucapkan semoga berjaya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...