NuffnangAds

Isnin, 28 Mac 2016

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN MPJBT 2016

Permohonan Bazar Ramadan MPJBT 2016...

BAZAR RAMADHAN 2016

Walau pun Bulan Ramadhan atau Puasa lebih kurang sebulan sahaja lagi namun kehangatan untuk berpuasa sudah mula terasa. Apa tidaknya ramai sudah yang merancang untuk membuka perniagaan atau pun dikenali dengan nama popular Bazar Ramadhan. Di sini lah rezeki merimpah ruah bagi yang mengambil peluang untuk berniaga untuk memenuhi selera orang-orang yang berpuasa berbuka.


Jadi kepada anda yang sedang mencari-cari peluang untuk berniaga di Bazar Ramadhan anda boleh merujuk di mana-mana Majlis Perbandaran atau mana-mana pihak berkuasa yang berdekatan dengan anda. Dan terbaru ini, peluang dibuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Johor Bahru atau rakyat tempatan yang ingin berniaga di bazaar ramadhan. Berita baik kepada peniaga yang berminat seperti dipetik dari Facebook Rasmi MPJBTmemaklumkan yang boring permohonan bazar ramadhan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) tahun 2016 akan mula dikeluarkan mulai 3 April hingga 21 April 2016. Borang berkenaan boleh diperolehi di Jabatan Pelesenan, Aras 1, Menara MPJBT, Skudai.


PERMOHONAN BAZAR RAMADAN MPJBT 2016

Permohonan adalah terbuka bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tempatan yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan, MPJBT. 

Sebelum memohon anda perlu menyertakan beberapa Senarai Dokumen Permohonan seperti berikut yang perlu di bawa semasa hari pendaftaran:


A. 1 keping gambar.
B. 1 salinan Kad Pengenalan.
C. 1 salinan Buku Suntikan typhoid@ty2 (masih sah / tidak tamat tempoh).
D. 1 salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (bagi tahun 2010 dan ke atas).

Bagi yang perlukan pembantu anda juga perlu memohon Lantikan Pembantu dengan syarat melantik sekurang-kurangnya 2 orang pembantu sahaja dan perlu mengemukakan dokumen yang sama seperti pemohon.


Jadi perlu diingatkan kepada pemohon agar melengkapkan sepenuhnya boring permohonan kerana hanya Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diterima dan diproses untuk kelulusan. Begitu juga semasa hari pendaftaran, hanya pemohon sahaja yang wajib hadir dan bukanya wakil bagi melancarkan proses pendaftaran dan permohonan anda.


Anda juga boleh merujuk secara ringkas Jadual Permohonan Bazar Ramadhan dibawah ini

BAZAR RAMADHAN 2016

Di sini disertakan hanya info-info yang terpenting sahaja. Jadi jika anda ada sebarang pertanyaan,masalah atau kemusykilan anda bolehlah menghubungi di talian berikut 07-5555000.

Selamat membuat permohonan dan berjaya diucapkan. Semoga rezeki anda melimpah rauh dalam perniagaan dan diberkati....
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...