Cara Menyemak Kelayakan Kursus
Universiti Yang Diiktiraf....
Pada saat ini ramai yang sedang memilih untuk
melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya pengajian di
peringkat universiti awam atau swasta samada dalam Negara atau luar negara.
Pelbagai pilihan program kursus yang ditawarkan dalam peringkat pengajian
tersebut. Sehingga kadang-kadang tidak terpilih mana satu yang terbaik untuk
diikuti, kerana terlalu banyak kursus pengajian yang ditawarkan sekarang.
Beberapa faktor yang perlu diambilkira oleh calon
yang ingin memohon di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Pastinya anda
tidak memilih kerana ingin mengikut rakan atau pun sekadar untuk memasuki
universiti. Pilihan perlulah berdasarkan matlamat anda, apa yang ingin ada capai
di masa hadapan dan juga mengikut kelayakan dengan keputusan anda.
Satu lagi kreteria yang penting dalam memilih
kursus di universiti ialah dari segi pengiktirafan daripada pihak berkuasa. Ini
penting bagi memastikan ijazah anda nanti “laku” dalam pasaran kerja. Jadi anda
tidaklah berasa sia-sia selama anda bertahun-tahun belajar bertungkus-lumus
untuk menggenggam segulung ijazah nanti. Ia juga bagi menjamin anda mendapat
peluang pekerjaan yang luas selepas tamat pengajian.
Salah satu untuk memastikan kursus anda diiktiraf
ialah dengan membuat semakan senarai kelayakan kursus pengajian
universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh itu anda perlu
terlebih dahulu untuk menyemak samada kursus pengajian dari universiti yang
ingin dipohon tersebut samada dari IPTA/ IPTS, universiti luar negara tersebut mendapat pengiktirafan JPA atau pun tidak.
Bagaimana caranya ingin membuat semakan? Pelajar
boleh membuat semakan secara online
samada kursus yang dipohon tersebut diiktiraf oleh JPA di applikasi semakan di bawah ini
dan ikuti langkah seterusnya :-
Cara kedua ialah dengan membuat semakan melalui MQA
atau Malaysian Qualifications Agency. Secara kelazimannya, program pengajian dan
kelayakan yang telah diakreditasikan oleh MQA akan diiktiraf juga oleh JPA.
Semua program yang diiktiraf oleh MQA yang ditawarkan oleh institusi pengajian
tinggi (IPT) telah mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF) yang bermula 1 Januari 2011. Akreditasi MQA ini adalah
merupakan salah satu pengiktirafan kepada Institusi Pengajian Tinggi di mana
sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang akan dianugerahkan kepada graduan
adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.
Semakan pengiktirafan daripada MQA boleh dibuat
melalui dengan klik pautan di bawah ini :-
Semoga dengan adanya kemudahan semakan
kelayakan ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk lebih
berhati-hati dalam memilih kursus yang benar-benar diiktiraf dan laku dalam
pasaran pekerjaan kelak. Semoga bermanfaat kepada anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan