NuffnangAds

Ahad, 27 Mac 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan...


Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.


Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.myTarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Jawatan/ Gred Jawatan    : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kementerian                        : Kementerian Pendidikan Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana                                                        (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi                            : Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Gaji                           :
Gred Gaji
Gaji Minimum
 (RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG29
1,589.00
5,137.00
145.00
DG41
1,917.00
8,652.00
225.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29
(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
Syarat-syarat Lain
a.            Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
b.   Lulus Ujian Psikometrik;
c.   Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
d.   Sihat tubuh badan;
e.   Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
f.    Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap

Taraf Jawatan : Tetap
Selamat memohon....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...