NuffnangAds

Jumaat, 4 Mac 2016

KEMASKINI PENDAPATAN PELABURAN, KEMASKINI ZAKAT ANDA

Kemaskini Pendapatan Pelaburan, Kemaskini Zakat Anda...

Ramai sudah yang telah mengemaskini buku pelaburan masing-masing. Pengumuman pemberian dividen pun telah berkumandang di sana-sini. Ramai yang tersenyum lebar apabila dapat mengemaskini buku pelaburan dengan jumlah pendapatan yang bertambah. Tidak kira sama ada pelaburan dalam KWSP, Simpanan Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan sebagainya, ia adalah sesuatu yang boleh mencorakan masa depan.


Tidak kurang juga mereka yang mendapat bonus tahunan dan juga kenaikan gaji atau pun intensif-intensif lain. Semuanya memberikan senyuman yang menggembirakan disebabkan bertambahnya pendapatan pada tahun ini. Dapatlah sedikit sebanyak menampung keperluan hidup dan menambah tabungan andai kata mahu merancang ke hadapan.

Namun disebalik semua ini ada sesuatu yang perlu dan wajib kita tunaikan sebagai umat islam yang patuh dengan perintah Allah SWT. Mungkin ada yang terlupa atau pun tidak tahu atau pun telah lama melaksanakannya tetapi belum pernah mengemaskinikan selama beberapa tahun. Kerana itu kita memerlukan insan-insan yang boleh mengingatkan kita dan menyedarkan kita taktala kita terlupa atau tidak tahu agar kita tidak terus menjadi lalai tertumanya dengan urusan dunia yang sementara ini.

Dalam kesibukan kita mengira dan mengemaskini pendapatan dan pelaburan kita, jangan pula  kita terlupa untuk mengira dan mengemaskini berapa nilai Zakat yang perlu kita tunaikan. Itulah saham pelaburan kita yang berganda tidak hanya untuk akhirat tetapi di dunia pun kita dapat. Pastinya kita tidak mahu terlepas ganjaran berganda ini kan. Untuk melakukannya bukanlah susah, kita hanya perlu datang ke Pejabat Pungutan Zakat yang berhampiran dengan anda dan mendapatkan penjelasan dan nasihat lanjut.

Anda perlu hanya membawa penyata pendapatan tahunan anda atau jumlah pelaburan anda. Di sana anda tidak perlu menunggu lama atau berbaris panjang untuk mendapatkan perkhidmatan zakat. Anda datang, In Syaa Allah anda akan terus dilayan kerana tidak ramai yang berurusan di Pusat Pungutan Zakat. Anda adalah tetamu Allah, tetamu yang mulia. Rebutlah peluang ini, peluang yang memberikan nilai yang lebih berganda-ganda daripada harta yang anda ada. Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261 bermaksud:

‘Bandingkan (derma/zakat) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula menggandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.


Semoga dengan usaha anda untuk membayar dan mengemaskinikan nilai zakat anda, akan mendapat pembalasan yang setimpal di sisi Allah SWT. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa menunaikan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. BERZAKAT MEMBAWA BERKAT... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...