Borang pendaftaran calon persendirian PT3 SPM
SPMU dan STAM 2016....
Ini lagi satu maklumat rasmi daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia ditujukan kepada semua calon persendirian bagi peperiksaan PT3, SPM, SPMU
dan STAM untuk tahun 2016 agar dapat mendaftakan diri sebagai calon.
Pendaftaran tersebut boleh dilakukan dengan mendapatkan boring pendaftaran di
semua Pejabat Pendidikan yang berhampiran dengan calon.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), pendaftaran bagi calon persendirian bagi peperiksaan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), SPM Ulangan
(SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka mulai 1 Mac 2016
sehingga 31 Mac 2016. Borang boleh didapati di Pejabat Pendidikan yang
berhampiran dan pendaftaran lewat adalah tidak akan dilayan.
Satu ingatan daripada pihak kementerian bahawa borang pendaftaran
hanya boleh didapati menerusi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran
sahaja. Ertinya semua pendaftaran adalah secara bertulis dan tiada borang
pendaftaran akan secara online dibuka.
Teringat masa dahulu, penulis pernah menjadi
Pengawas Peperiksaan untuk SPM bagi calon-calon persendirian. Mereka ini
mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang sudah berumur dan tidak kurang
yang sudah ada berkerjaya. Macam-macam ragam boleh dilihat terutamanya dari
segi pakaian kerana bebas berpakaian semasa menduduki peperiksaan. Apa pun bagi
penulis calon-calon persendirian ini tidak mudah berputus dalam memperbaiki
diri. Walau pun sudah ada yang berkerjaya dan lanjut usia namun masih cekal dan
tabah untuk belajar dan memperbaiki diri terutamanya dalam keputusan peperiksaan.
Semoga calon persendirian ini diberi kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat.
Kepada semua calon persendirian yang bakal
menduduki peperiksaan yang berkenaan pada tahun 2016, selamat maju jaya
diucapkan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan