NuffnangAds

Khamis, 25 Februari 2016

TUJUH TIP SEBELUM DAN JIKA ANAK ANDA TERSESAT

Tujuh Tip Sebelum Dan Jika Anak Anda Tersesat...

Membawa anak-anak bercuti atau ke mana-mana sahaja pasti masa yang ditunggu oleh anak-anak. Kegembiraan dan keseronokan pastinya terpancar di raut wajah si anak dan juga ibu bapa apabila percutian menjadi kenyataan. Inilah saat yang dinantikan dengan hilai tawa anak-anak bermain member ketenangan kepada ibu bapa.

Namun, perlu diingat ianya akan berlaku sebaliknya disebalik kegembiraan boleh bertukar menjadi sesuatu yang cukup merisaukan apabila anak tersesat atau terpisah di te­ngah ribuan orang. Justeru, di sini disertakan tujuh tip perkara yang perlu anda beritahu dan fahamkan serta lakasanakan kepada anak jika mereka tersesat.


1.Mengingati Nama Ayah Dan Ibu
Mengajar anak untuk mengingati nama ayah dan ibu amat penting. Tidak rugi jika anda mula melatih mereka mengingati nama ibu bapa Ini penting apabila tersesat, mereka boleh memberitahu nama orang tua mereka.

2. Tuliksan Nota No Telefon Dan Alamat
Anda juga boleh memberikan anak anda sebuah nota yang tertulis nombor telefon anda dan juga alamat. Simpanlah di dalam poket anak anda dan beritahu tentang kegunaannya semasa tersesat. Di zaman kecanggihan ini pastinya ia banyak membantu untuk menemua anak yang tersesat.

3. Sentiasa dekat dengan anda
Anda perlu sentiasa memastikan anak berada dekat dan boleh dilihat dan melihat anda. Pesanlah pada anak agar sentiasa dekat dan melihat anda. Dengan cara ini, pastinya mereka tidak akan berada jauh dari jarak pandangan anda yang membuatkan mereka tersesat.

4. Menjerit dengan kuat
Menjerit juga boleh menjadi suatu kaedah untuk menarik perhatian apabila sesat. Biasanya anak akan sesat di tempat yang dipenuhi ramai orang. Oleh itu, jika terpisah daripada kumpulan atau sesat, pesan kepadanya untuk menjerit dengan kuat memanggil anda dan duduk di satu tempat. Dengan cara ini, anda boleh mendengar dan mengikuti suaranya.

5. Rancang tempat berjumpa
Apabila berada di sesuatu tempat, anda boleh mengenalpasti tempat untuk berjumpa seperti tempat letak kereta atau tempat pertanyaan. Beritahulah anak tentang kegunaan tempat yang dikenalpasti apabila sesat. Tentukan hanya satu tempat untuk menjumpai anak sekiranya tersesat atau terpisah dari kumpulan. Dengan itu, anda boleh bergegas ke tempat dinyatakan jika terpisah dengan anak.

6. Minta Bantuan Kaunter Informasi Atau Pihak Berkuasa
Jika anak anda tersesat di pusat beli-belah, petugas kaunter informasi orang yang paling tepat untuk meminta tolong mencari mereka.Ini kerana mereka boleh mengumumkan ada anak yang tersesat atau nama anak yang ditemui. Dengan itu anda dapat menemui mereka dengan segera. Begitu juga anggota keselamatan yang ada di masa itu, boleh membantu anda dengan lebih efektif dan pantas. Pastikan anda menyimpan gambar anak anda yang terkini bagi memudahkan lagi pencarian.

7. Jangan menghukum

Tersesat satu pengalaman yang meninggalkan trauma buat si anak. Oleh itu, jangan memarahinya ketika kejadian itu berlaku. Pastikan anak anda tidak takut hingga mereka bersembunyi ketika sesat. Beritahu mereka untuk berada di tempat terakhir ketika berpisah dengan anda. Ini cara termudah bagi anda menemui mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...