NuffnangAds

Isnin, 15 Februari 2016

CEBURI PERNIAGAAN OFFLINE BUAT TAMBAH PENDAPATAN

Sekarang ini ramai memilih untuk menjalankan perniagaan secara online sebagai kaedah memasarkan produk atau perkhidmatan. Namun terdapat juga beberapa perniagaan offline yang boleh menambah pendapatan anda. Anda Cuma memerlukan sedikit modal dan kepantasan untuk mengambil setiap kesempatan yang ada.

Berikut disenaraikan beberapa jenis perniagaan yang boleh dilakukan sebagai usaha sampingan untuk menggandakan pendapatan anda selaian gaji atau apa saja diterima setiap bulan.


1. Menjahit
Perkhidmatan menjahit adalah perniagaan yang boleh dilakukan di rumah dengan modal kecil. Hanya memerlukan mesin jahit dan kemahiran dalam menjahit. Anda juga boleh mempelajari kemahiran lain seperti menjahit manic mahupun mempelbagaikan kemahiran seperti langsir, sarung kusyen dan sebagainya tanpa menghadkan kepada pakaian sahaja.

2. Makanan
Perniagaan yang boleh anda usahakan ialah dengan menjual makanan yang siap dimasak dan menyediakan penghantaran atau pun produk sejuk beku. Sebaggai permulaan, anda tidak perlu mengeluarkan modal banyak kerana sasaran pasaran anda pada awalnya cukup difokuskan untuk lingkungan persekitaran dahulu seperti jiran tetangga atau lokasi yang sesuai untuk perniagaan ini. Setelah pasaran anda terbentuk, ketika itulah anda mengembangkan menjadi perniagaan yang lebih besar seperti dengan membuka cawangan baru.

3. Membuka Kelas
Jika anda mempunyai latar belakang akademik yang baik, misalnya menguasai bidang computer, bahasa Inggeris dan sebagainya, anda boleh membuka kelas di rumah atau menjadi guru peribadi. Usaha ini sama sekali tidak memberatkan dari segi ekonomi, bahkan memulakannya tanpa modal dengan prospek dan keuntungan yang besar.

4. Menjual Kad Tambah Nilai
Ia boleh menjadi salah satu perniagaan yang paling digemari kerana pasarannya sangat luas, apatah lagi hamper semua orang memiliki telefon tangan untuk berkomunikasi. Tentunya ia menjadi salah satu daripada perniagaan di rumah dengan prospek yang menjanjikan pendapatan lumayan.

5. Kedai Haiwan
Pet Shop atau kedai haiwan peliharaan adalah satu perniagaan yang tepat jika anda menyayangi haiwan. Jika modal tidak terlalu besar, anda boleh mulakan dengan menjual makanan haiwan peliharaan seperti makanan burung, ikan, kucing dan sebagainya.

6. Membuka Kedai Runcit
Kedai Runcit merupakan perniagaan yang tidak pernah sepi daripada dikunjungi orang ramai. Namun sebelum memulakannya, anda perlu memastikan terlebih dahulu jika anda memiliki modal yang cukup kerana untuk membuka sebuah kedai runcit memerlukan modal yang relative besar walaupun hanya melakukannya di sudut kediaman anda.

7. Perkhidmatan Fotografik Dan Grafik
Perniagaan ini menjanjikan pendapatan lumayan kerana setiap orang memerlukan perkhidmatan ini. Namun yang perlu anda lakukan sebelum mengusahakan perniagaan ini adalah promosi yang kuat sebagai salah satu cara meningkatkan jualan. Ini perlu agar orang ramai tahu bahawa anda menawarkan perkhidmatan tersebut.

8. Mengusahan Dobi
Perniagaan ini memerlukan modal awal yang kecil, terutamanya jika anda telah memiliki mesin cuci. Bagi menjalankan perniagaan ini di rumah, anda hanya memerlukan sabun pencuci, pewangi dan mengedarkan risalah untuk keperluan promosi dan serta kain rentang untuk menjadi daya penarik orang yang melalui di hadapan kediaman anda.

9. Perkhidmatan Rawatan Kecantikan
Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang perkhidmatan kecantikan ianya pasti memberikan kelebihan kepada anda. Anda hanya perlu sedikit modal untuk membeli perlatan kelengkapan rawatan kecantikan dan juga menyediakan sebuah bilik khas. Mulakanlah dengan hanya menawarkan perkhidmatan yang mudah seperti mencuci muka, ‘pendicure and manicure’, urutan badan dan sebagainya.

Jadi, mana satu di atas yang boleh anda lakukan?. Mulakanlah dengan langkah yang minima dan jangan lupa untuk melakukan strategi pemasaran. Memulakan perniagaan dengan strategi pemasaran yang betul dan sempurna dapat memberi maklumat tentang apa yang anda tawarkan dan jual, ia juga dapat mengembangkan perniagaan anda. Semoga Berjaya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...