Apabila berlakunya pertelingkahan dalam rumah tangga,
pastinya ia menimbulkan gelora di hati masing-masing. Apalagi terpanculnya
kata-kata yang kurang enak yang pasti menusuk perasaan sewaktu bertikam lidah.
Jesteru bagaimana ingin menjadi positif ketika hati terbuku perasaan tidak puas
hati dalam diri masing-masing.
Pastinya mahu mencari bahagia saat hati bergelora bukan
mudah. Namun setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi yang sedang berduka
akibat pertelingkahan dalam rumah tangga bolehlah mengikut 4 panduan ini iaitu:
1. Belajar Bersyukur
Bersyukur mampu melahirkan hati yang tenang. Jesteru, ketika
hati dilanda kesedihan, ambil masa untuk bersendiri dan muhasabah dengan
kehidupan anda. Carilah apa pun yang boleh anda jadikan untuk membolehkan anda
bersyukur kurniaan-Nya.
Ketika bertengkar dengan pasangan jangan terus dicari silap
tentang dirinya. Biarkan sahaja dia mahu membidas atau pun menempelak anda
dengan kata-kata yang menusuk ke jiwa. Jika tidak tertanggung, jauhkan diri
seketika. Muhasabah diri dan carilah makna sebuah kesyukuran dalam perbalahan.
2. Terima Perbezaan Pandangan Pasangan
Andai sukar mendapat kata putus, usahalah untuk menerima
pendapat pasangan yang sama sekali berlawanan dengan kehendak anda. Dalam pada
itu, cuba cari keseimbangan dan persamaan.
Andai difikirkan konflik yang tercetus, pasti ia akan terus
bernanah dan mengundang kesukaran. Jadikan konflik itu sebagai satu perkara
yang boleh mencetus emosi bahagia. Pastinya selepas anda berdua mengharungi
konflik yang penuh cabaran itu, anda akan merasai kemanisan yang sukar dibeli
di mana-mana.
3. Selami Diri Pasangan
Pasangan anda adalah individu yang paling dekat dengan anda.
Sayangnya anda masih belum dapat mencari formula terbaik untuk memahami hati
mahupun perasaannya. Pasti ada sahaja membuatkan anda tidak berpuas hati akibat
komunikasi yang tidak seragam.
Mengapa dia yang begitu dekat dengan anda, tetapi dapat
memahami hati dan perasaan anda? Pasti inilah yang selalu bermain-main di
fikiran anda. Mengapa tidak anda ubah persepsi negatif itu dengan belajar
memahami dirinya. Letakkan diri anda ditempatnya.
Apakah tindakannya jika berada dalam situasi anda? Usahakan
untuk memahami hati dan pasangan akan membuahkan hasil yang indah di kemudian
hari. Sememangnya anda tidak mempunyai kuasa untuk mengawal hatinya. Semua itu
di luar bidang kuasa anda. Tapi anda boleh mengawal diri sendiri dan berusaha
untuk memahami situasi yang pasangan
hadapi. Bijaklah mengatur langkah dan kata-kata sepanjang usaha menyelami hati
pasangan.
4. Jadilah Insan Yang Membari Manfaat.
Panas betul hati anda apabila pasangan tidak lagi percaya
dan mula membuat tudahan melulu. Anda tidak pernah sekalipun menjadi seperti
apa yang dibayangkan. Anda ikhlas tapi pasangan tidak Nampak keikhlasan anda.
Jangan berputus asa.
Hidup sebagai seorang yang member kebaikan kepada orang lain
bukanlah satu kerugian. Sebaliknya, manfaat itu akan anda peroleh dalam bentuk
yang tidak disangka-sangka. Buang jauh emosi mahupun ego dalam diri untuk
menjadikan anda seorang ikhlas berkorban untuk rumah tangga. Orang yang ikhlas
adalah mereka yang tidak mengungkit dengan apa yang mereka usahakan.
Kembalilah kepada Maha Pencipta. Dialah Allah yang telah
merancang sesuatu yang terbaik untuk kita samada kita di uji atau pun Allah
mahu kita mengadu pada-Nya. Mohonlah dan mengadulah kepada Allah agar kita
diberikan hidayah dan petunjuk dalam melayari rumah tangga. Semoga dengan itu
ketenangan rumah tangga menjadi milik kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan