Semakan Online Penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan(WPP) PTPTN...
Untuk info, terutamanya
kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM iaitu bagi mereka yang layak untuk menerima
Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN, anda bolehlah menyemak status tawaran
WPP ini menerusi laman web PTPTN yang telah disediakan dengan memasukkan nombor
kad pengenalan anda. Kepada yang layak, anda akan menerima
WPP dari PTPTN sejumlah RM1,500 sebagai bantuan persediaan sebelum mendaftar
masuk ke IPTA dan juga Politeknik.
Kelayakan ini hanya diberikan kepada pelajar
warganegara Malaysia daripada keluarga (ibu bapa) yang menerima Bantuan Rakyat
1 Malaysia (BR1M) akan ditawarkan WPP ini. Tawaran WPP ini diberikan untuk
program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA dan juga
Politeknik.
Hanya mereka yang layak sahaja
boleh membuat semakan secara online penerima WPP PTPTN ini. Semakan boleh
dibuat menerusi pautan berikut - Semakan WPP
Kepada mereka yang ditawarkan, dan telah membuat
semakan; berikut adalah tatacara untuk mendapatkan WPP tersebut:
- Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan
konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60)
hari dari tarikh dikeluarkan.
- Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar
yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah
iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua
(2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
- Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang
dilantik dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
- Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan
waran.
- Waran hanya boleh ditunaikan melalui kaunter
bank sahaja.
Sumber: Laman Web PTPTN
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan