NuffnangAds

Selasa, 22 Mac 2016

TAKWIM SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN IPG 2016 ONLINE

Takwim Semakan Keputusan Tawaran IPG 2016 Online...

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN IPG 2016 ONLINE

Pastinya yang telah lepas kelayakan pada permohonan awal berasa lega kerana telah layak secara keputusan/merit. Jadi sekarang ini pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu. Anda perlu bersabar, jika itulah rezeki anda, menjadi guru itu tetap akan tiba. Cuma perlu ada cabaran yang dilalui oleh anda sebelum mencapai impian. Oleh itu, Semakan Keputusan IPG PISMP 2016 Online boleh disemak pada 6 Jun 2016 mengikut takwim yang telah disediakan. 

Sebelum anda diberi tawaran untuk mengikuti kursus di IPG, dua cabaran yang perlu anda lalui dan lepasi iaitu yang pertama ialah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan kedua ialah Temu Duga Guru. Kedua-dua cabaran ini sebenarnya menguji anda benar-benar layak untuk menjadi seorang guru sekolah.


Secara ringkasnya Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) merupakan ujian secara bertulis. Ujian ini menggunkan kaedah psikologi bagi mengukur sahsiah dan atitiud anda padan sebagai seorang guru. Untuk itu kepada pemohon semua, ada perlu membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

Jika anda lulus dan melepasi UKCG ini, barulah anda akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Inilah peringkat yang benar-benar menguji akan kesediaan dan keikhlasan anda menjadi guru. Segala-galanya tentang diri anda di sini akan diuji, diperhatikan dan dibongkar satu persatu samada anda benar-benar layak ataupun tidak. Oleh itu anda memerlukan persediaan dari segi sahsiah, mental emosi dan jasmani untuk benar-benar layak dipilih mengikuti program PISMP ini.

Sebagai rujukan untuk persediaan anda, jom kita semak kalender aktiviti Program PISMP 2016 terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut:-

1.  1 hingga 14 April 2016 – Semakan nama calon Berjaya untuk menduduki UKCG.

2. 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

3. 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM).
4. 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

5. 6 Jun hingga 13 Jun 2016 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.

6. 13 Jun 2016 - Pendaftaran calon di IPG


Jadi, jangan lupa tentang tarikh-tarikh penting ini. Catatkanlah dimana-mana mengikut kepentingan dan perancangan anda agar anda tidak terlupa. Bersedialah daripada sekarang, semoga anda dapat melakukan yang terbaik bagi mencapai impian anda menjadi seorang guru....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...