NuffnangAds

Khamis, 24 Mac 2016

6 TIP BERENANG UNTUK LANGSING

6 Tip Berenang Untuk Tubuh Langsing....

6 TIP BERENANG UNTUK LANGSING
Ramai mengetahui bahawa berenang merupakan salah satu senaman sekaligus aktiviti masa lapang yang paling mudah dan bermanfaat. Bukan setakat memelihara kesegaran tubuh bahkan ia merupakan terapi yang cukup baik untuk pesakit-pesakit asma. Dalam masa yang sama, kaedah ini dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ada beberpa perkara yang harus diberi perhatian sebelum berenang bagi mendapatkan tubuh langsing dan menawan. Tetapi ingat, ia hanya akan berhasil sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul dan teratur. Berikut adalah 6 tip yang boleh dijadikan panduan iaitu;


1. Pemansan – Seperti senaman-senaman yang lain, aspek pemanasan badan amat penting dan perlu dilakukan sebelum berenang. Oleh itu, disarankan aga melakukan sedikit gerak pemanasan sebelum terjun ke kolam renang. Setelah semuanya selesai, barulah masuk ke dalam air dan lakukan pemanasan di air dengan cara berenang mengelilingi kolam selama beberapa minit.

2. Aktif Di Dalam Air – Usah amalkan berendam dan duduk diam di dalam kolam renang. Anda harus berenang dengan betul dan masuk ke dalam kolam sekiranya keinginan untuk berenang itu ada kerana itulah senaman yang sebenarnya. Sentiasa bergerak di dalam air bagi meningkatkan metabolisme badan.

3. Usah Minum Di Dalam Kolam – Ramai orang suka mengambil minuman samada jus atau koktel ketika berada dalam kolam. Setelah itu, mereka akan berenang dan berendam semula. Sebaiknya tabiat ini perlu dijauhi kerana ia sebenarnya meningkatkan pengambilan kalori anda sedangkan anda bercadang untuk menurunkan berat badan.

4. Gaya Renang Yang Pelbagai – Berenang dengan gaya yang sama setiap hari tidak banyak membantu anda menurunkan berat badan. Dalam masa yang sama, ia menjadi aktitviti yang membosankan. Sekiranya ingin cepat mendapatkan bentuk tubuh badan idaman maka cubalah pelbagai jenis gaya berenang yang anda ketauhi. Jika perlu, belajar gaya berengan yang baru agar aktiviti lebih menyeronokkan dan berkesan.

5. Berenang Dengan Cepat – Sekiranya anda bermalas-malasan ketika berenang maka objektif untuk kurus dan kelihatan menawan mungkin susah untuk direalisasikan. Tambahakan kelajuan ketika berenang tetapi mulakan dengan cara perlahan. Jangan berenang terlalu laju secara mendadak sebaliknya lakukan secara berperingkat. Mungkin selang dua hari atau seminggu kemudiannya.

6. Biarkan Tubuh Berehat – Tubuh pastinya penat selepas berenang. Di sinilah pentingnya waktu rehat dan bertenang. Biarkan tubuh anda ‘berehat’ secara tenang dan semula jadi. Jangan terlalu menekan tubuh untuk berenang semata-mata untuk merealisasikan misi kurus dalam tempoh waktu yang singkat. Ingat, lakukan secara berperingkat menggunakan kaedah yang betul.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan kaedah yang betul bagi mendapatkan tubuh yang langsing dan menawan. Ia merupakan salah satu kaedah daripada beberpa kaedah yang boleh anda amalkan dalam mendapatkan tubuh yang langsing. Dan apa yang lebih penting ialah anda mendapatkan satu kaedah yang betul dan sistematik yang akan memberikan anda lebih motivasi untuk merealisasikan impian anda. Dan apa yang lebih penting ialah untuk mendapatkan kesegaran dan kesihatan tubuh badan anda.

Moga bermanfaat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...