NuffnangAds

Khamis, 17 Mac 2016

SENARAI BIASISWA 2016

Senarai Biasiswa 2016 
Keputusan peperikasaan SPM dan STPM pun telah diumumkan. Ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai telah berkira-kira untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, tetapi kekadang dibatasi oleh kemampuan dalam soal pembiayaan mahu pun kos hidup yang perlu ditanggung nanti. Kos untuk menyambung pelajaran dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi semestinya memerlukan pembiayaan yang tinggi juga.


Kos ini bergantung kepada pemilihan kursus tertentu, kos untuk belajar dalam jurusan sains di IPTA misalnya, boleh mencecah sehingga RM10K hingga RM20K untuk tempoh sehingga 10 semester. Ini cuma anggaran kasar hanya untuk kos pengajian sahaja, belum masuk lagi kos sara hidup yang boleh membuatkan kos sambung belajar menjadi sehingga RM30K-RM50K sehingga tamat pengajian (kalau tamat dalam tempoh sepatutnya).


Di sini disenaraikan beberapa jenis biasiswa yang boleh dipohon bagi membantu membiayai pengajian anda. Ianya terdiri daripada NGO, syarikat antarabangsa, syarikat tempatan, badan berkanun dan juga sektor awam serta swasta. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan laluan lebih baik untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran di dalam bidang yang diinginkan.


1. Biasiswa DYMM Agong - JPA 2016
Permohonan secara online akan mula dibuka pada 7 Mac sehingga 18 Mac 2016. Permohonan serta keterangan berkaitan biasiswa ini boleh didapati menerusi pautan berikut - Portal Pembangunan Modal Insan SPA. Untuk lepasan SPM 2015 yang berminat untuk sambung belajar ke Jepun, Korea, Perancis atau Jerman, boleh lihat iklan dan syarat permohonan di sini - Program Khas Kejuruteraan 2016


2. Biasiswa PETRONAS - Program PESP
Permohonan perlu dilakukan secara online menerusi pautan berikut - Petronas Education Sponsorship Programme. Tutup: 10 Mac 2016.


3. Biasiswa Bank Negara Malaysia 2016
Permohonan secara online, tarikh tutup permohonan adalah 9 Mac (Pra-Universiti) dan 30 April (Ijazah). Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini - BNM 2016 Scholarship


4. Biasiswa UEM
Tarikh tutup permohonan adalah 20 Mac 2016. Dikhaskan untuk permohonan program Ijazah di IPT berikut - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Semua cawangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Multimedia University (MMU). Info dan maklumat berkaitan permohonan biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan berikut - UEM Scholarship 2016


5. Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016
Biasiswa untuk lepasan SPM 2015 melanjutkan pengajian di luar negara. Info berkaitan biasiswa ini boleh anda lihat di pautan berikut - Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016. Borang pula boleh anda muat turun di pautan berikut -  Borang Permohonan Biasiswa PNB 2016. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac 2016.


6. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2016
Ada banyak senarai biasiswa dan pinjaman boleh ubah yang diberikan menerusi Yayasan Tenaga Nasional. Ia meliputi program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda luar dan dalam negara. Tarikh tutup permohonan bergantung kepada jenis permohonan yang anda buat. Untuk info lebih lanjut serta cara memohon biasiswa ini, anda boleh rujuk ke laman berikut - Permohonan Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan TNB 2016


7. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM) 2016
Permohonan adalah dibuka untuk 3 kategori, iaitu untuk dalam negara, luar negara dan juga kemasukan ke Ijazah Pertama MMU. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Mac 2016. Untuk permohonan, anda boleh lakukan secara online menerusi pautan berikut - Permohonan Online Biasiswa YTM. Butiran mengenai biasiswa ini, anda boleh baca di laman web rasmi TM atau pautan berikut - Talent-A Yayasan TM Scholarship 2016


8. Program Biasiswa Yayasan Sime Darby 2016
Permohonan sedang dibuka untuk mereka yang layak bagi mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Sime Darby untuk beberapa program terpilih. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2016. Program tersebut adalah YSD Excellence Scholarship Programmes, YSD Bursary Programmes dan YSD Skill Enrichment Programmes. Info lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut - Biasiswa Yayasan Sime Darby Malaysia 2016


9. Maybank Scholarship Award 2016
Permohonan dibuka untuk calon SPM 2015 yang layak sebelum 20 Mac 2016. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk permohonan - Maybank 2016 Scholarship Award dan muat turun borang permohonan biasiswa ini di pautan berikut - Borang Biasiswa Maybank 2016


10. Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan
Terbuka hanya untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan. Untuk info lanjut dan tarikh tutup permohonan boleh lihat di laman web berikut - Yayasan WP, terdapat juga bantuan awal untuk memulakan pengajian, dan beberapa bantuan lain untuk pendidikan.


11. Biasiswa Intel
Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu muat turun dan isi borang yang disediakan di sini - Borang Biasiswa Intel, kemudian menghantarnya menerusi email berserta resume, kelayakan akademik anda ke email berikut - malaysia.staffing@intel.com. Biasiswa sebanyak RM10K setahun akan diberikan bagi ijazah sarjana muda.


12. The Star Education Fund 2016
Permohonan boleh dilakukan menerusi muat turun borang yang disediakan menerusi pautan berikut - Form The Star Education Fund 2016 dan hantar secara pos ke alamat yang disertakan di dalam borang sebelum 18 Mac 2016.


13. Biasiswa Yayasan Khazanah
Ada pelbagai program pembiayaan disediakan oleh Yayasan Khazanah, anda boleh memilih mana yang sesuai dengan kelayakan anda. Untuk info, permohonan online sebelum 20 Mac 2016, boleh layari laman web berikut - Permohonan Online Biasiswa Yayasan Khazanah


14. Biasiswa PIDM 2016
Biasiswa diberikan meliputi yuran pengajian serta wang sara hidup untuk calon-calon yang layak. Mereka yang layak untuk menerima biasiswa ini akan diberikan wang sara diri sehingga RM500 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makan minum, belanja buku, dan sebagainya. Untuk memohon dan butiran lanjut mengenai tawaran Biasiswa PIDM 2016, boleh rujuk laman berikut - PIDM Scholarship 2016, tarikh tutup permohonan adalah pada 18 April 2016.


15. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Satu lagi sumber bantuan kewangan untuk lepasan SPM/STPM melanjutkan pengajian untuk sesi pengajian 2016/2017. Kepada yang berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh layari laman web berikut - Biasiswa Tunku Abdul Rahman, malah terdapat bantuan kewangan untuk 2 semester disediakan bagi yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan semasa.


16. Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi 

Beberapa peluang biasiswa dan pinjaman ada ditawarkan oleh KPT Malaysia, anda boleh semak penawaran menerusi laman web berikut - Biasiswa MOHE

Selain itu, ada banyak lagi peluang untuk memohon peruntukan, pinjaman serta biasiswa pendidikan bagi lepasan SPM serta STPM. Anda hanya perlu rajin mencari samada melihat di akhbar tempatan, melayari portal organisasi tertentu atau membuat Google Search. Ada yang boleh anda mohon secara online, ada yang perlu mengisi borang dan dihantar secara pos.

Peluang pembiayaan pendidikan juga boleh didapati menerusi Baitulmal, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, malah syarikat-syarikat seperti Karangkraf, Media Prima, NSTP, dan sebagainya.

Semoga Bermanfaat....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...