NuffnangAds

Khamis, 31 Mac 2016

PERMOHONAN EGTUKAR PERTUKARAN GURU SESI JUN 2016

PERMOHONAN EGTUKAR PERTUKARAN GURU SESI JUN 2016...

EGTukar dibuka kembali untuk permohonan pertukaran guru bagi sesi jun 2016. Berita yang baik bagi guru tetapi belum menggembirakan bagi guru yang ingin memohon pertukaran tempat bertugas. Walau apa pun kata orang jikalau ingin pindah kena la memohon, tapi jikalau tidak memohon pastinya tidak dapat untuk bertukar. Rezeki masing-masing sudah ditentukan tetapi kenalah berusaha untuk mendaptkannya.

 
Permohonan ini adalah dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (Kup Time-Based), DG34 (Kup Time-Based), DG38 (Kup Time-Based), DG41, DG42, DG44 (Kup Time-Based), DG48 (Kup Time-Based), DG52 (Kup Time-Based) Dan Dg54 (Kup Time-Based) 


Aplikasi permohonan pertukaran adalah seperti berikut:
§     Sesi Jun 2016 : Klik - https://epgo.moe.gov.my/
§     Tarikh Buka : 1 April 2016
§     Tarikh Tutup : 25 April 2016

Jadi kepada guru-guru yang berminat untuk memohon pertukaran tempat bertugas bolehlah memohon daripada sekarang sebelum tarikh tutup. Difahamkan pada masa ini “trafik” agak sesak yang menyebabkan akses ke EGTukar belum dapat dilayari dengan sempurna. Apa pun itulah cabaran dan usaha yang perlu ditempuhi.


Selamat mengemukakan permohonan kepada guru-guru yang ingin bertukar. Semoga permohonan anda diterima dan berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...