NuffnangAds

Jumaat, 1 April 2016

KECILKAN PERUT DAN PAHA SECARA SEMULAJADI

Kecilkan Perut Dan Paha Secara Semulajadi...

KECILKAN PERUT DAN PAHA SECARA SEMULAJADI
Perut buncit ke depan dan paha yang semakin melebar memang member masalah kepada golongan lelaki. Melalui pengambilan makanan yang tidak teratur, masalah perut buncit boleh menyebabkan lelaki hilang daya penarik dan hilang keyakinan diri.

Adakah anda tahu, tanpa pil pelangsingan badan atau diet ketat, perut yang buncit dan paha akan kembali mengecil. Berikut 4 tip mengecilkan perut dan paha secara semula jadi;


1. Minum Air Suam – Pengambilan air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari akan meneutralkan racun yang ada dalam tubuh. Minum air suam adalah diet yang baik untuk mengecilkan perut yang buncit dan paha yang melebar. Pengambilan air suam secara teratur juga melancarkan proses pencernaan.

2. Ambil Makanan Berserat – Mengapa perut  anda buncit? Ia disebabkan oleh system pencernaan yang tidak lancer. Melalui pengambilan makanan berserat ia akan membantu perut menjadi ramping. Di samping itu, ianya akan membantu melancarkan pencernaan sehingga lemak di dalam tubuh dapat larut. Sumber serat yang baik boleh diperoleh daripada kekacang, protein, telur, nasi, sayur-sayuran buah-buahan dan daging tanpa lemak.

3. Penambilan Makanan Lemak Baik – Meskipun anda berdiet untuk mengurangkan lemak pada tubuh namun itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil makanan berlemak. Pengambilan makanan berlemak dengan baik seperti minyak zaitun diharapkan membantu keseimbangan tubuh anda. Seterusnya ini akan membantu program diet emngecilkan perut buncit.

4. Senaman Teratur – Senaman yang teratur adalah cara mengecilkan perut buncit untuk lelaki dan ia terbukti berkesan jika dilakukan secara konsisten. Senaman yang sesuai ialah melakukan bangkit tubi minima 20-30 kali dan renggangan perut. Ia baik kerana seluruh anggota tubuh yang berlemak akan hilang secara semula jadi.

Senaman ini sebaiknya dilakukan saat baru bangun tidur, kerana makanan yang telah diambil sebelum tidur akan menjadi energy dan bukan menjadi lemak. Selain itu senaman membantu mengempis perut ialah berlari atau jogging kerana ia akan membakar kalori dalam tubuh. Pastikan ianya secara konsisten dilakukan


Semoga apa yang dikongsikan dapat member sumber inspirasi bagi mencapai matlamat impian anda. Apa yang lagi penting ialah anda bukan sahaja dapat mengempiskan perut yang buncit tetapi ianya juga dapat memberikan kesegaran tubuh dan dapat memelihara kesihatan yang baik untuk ada. Penampilan anda juga akan bertambah baik yang akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada anda... Selamat mencuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...