Takluk Hati Lelaki Dengan 5 Cara...
Hati lelaki ada ketikanya keras bak besi. Tidak mudah
dilentur. Tidak seperti wanita diibaratkan seperti kerak nasi, siram air pasti
lembut. Betulkah? atau itu hanya sekadar perumpamaan. Masing-masing ada jawapan
yang tersendiri...
Kali ini kita tidak bercakap tentang bagaimana untuk
menakluki hati wanita yang sememangya ramai kalangan lelaki yang pakar. Tapi
kali ini kita lihat pula bagaimana untuk menakluk hati lelaki. Sebagai wanita
yang penuh rasa cinta, anda pasti menakluki hati lelaki dengan cara tersendiri.
Untuk itu beberapa tip yang boleh dipraktikan oleh wanita...
1. Keihklasan Hati – Wanita yang hebat pasti dapat menawan
hati insan yang disayangi dengan ketulusan hatinya. Dengan kata lain, tiada
paksaan dalam percintaan. Anda tidak boleh memaksa pasangan untuk mencintai
anda sebaliknya biarkan perasaan cinta itu mengalir dengan semula jadi.
Jadi, jika pasangan tiba-tiba muram bukan bermakna dia tidak
lagi menyayangi anda. Mungkin dia sedang berhadapan dengan masalah atau sedang
memikirkan sesuatu. Anda hanya perlu bertenang dan dekatinya selepas moodnya
kembali tenang.
2. Air Tangan – Bukan semua lelaki itu susah dikuasai
hatinya. Sesetengan lelaki amat mudah ditawan hanya melalui masakan yang
digemari. Jika ada kesempatan berjumpa, cubalah masakkan hidangan kegemarannya.
Pasti pasangan anda akan rasa seronok dan dihargai.
Lelaki selalunya mencari bakal isteri yang pandai mengambil
hati dan tahu menjaganya. Lelaki begini mungkin kelihatan bengis tapi amat
halus perasaannya.
3. Kesetiaan – Anda mahu pasanngan yang setia mencintai
dengan sejujurnya. Oleh itu, belajarlah juga menjadi pencinta yang setia. Ini
bermakna, jika ada yang cuba menggoda, terangkan dengan jujur bahawa anda sudah
berpunya.
Jangan sesakali mengambil kesempatan dengan keluar berdua
dengan lelaki lain. Andai terserempak pasti ia akan mengundang perbalahan yang
panjang. Perkiraannya cukup mudah, andai anda setia dan jujur, pasangan pasti
akan berusaha melakukan hal yang sama.
4. Pamer Keindahan – Sepanjang berpasangan hiasi diri.
Jangan pula tampil cantik semamsa mahu mengenali hati budi saja tetapi selepas
sudah memiliki, anda ambil mudah tentang penampilan diri. Bayangkan jika teman
lelaki anda bekerja di kelilingi wanita-wanita anggun di pejabatnya.
Andai anda tidak menghargai diri sendiri mahupun perasaan
pasangan apa yang akan terjadi kelak? Bukankah peluang untuk mencari yang lain
akan lebih mudah. Jadi, jagalah penampilan diri.
5. Sikap Berterus Terang – Semasa bercinta inilah segalanya
mahu diluahkan kepada pasangan. Perasaan marah, cemburu, benci, rindu malah
segala macam emosi mengganggu diri anda. Ada ketikanya anda seakan mahu lari
menjauhi daripada merasai semua emosi itu. Namun, apa daya, itulah penangan
orang bercinta.
Andai ada perkara yang tidak anda persetujui dengan
pasangan, mengapa tidak berbincang dan berterus terang dengannya. Lelaki
bukanlah insane yang pandai memahami kiasan. Jadi berterus terang sahaja tetapi
pastikan luahan hati itu bukan bersifat emosi. Jauh beza antara penerangan yang
beremosi dengan penjelasan luahan hati yang meminta simpati pasangan.
Sebenanrya pelbagai lagi tip yang boleh dilakukan oleh
wanita dalam menakluki hati lelaki. Namun apa yang penting adalah wanita itu
sendiri seharusnya menjaga adab-adab yang baik semasa bergaul dengan pasangan
samada dari segi penampilan dan komunikasi. Lelaki lebih suka mempunyai
pasangan yang mempunyai penampilan yang sederhana serta adab yang baik dalam
berkomunikasi.
Mohonlah juga petunjuk daripada Allah SWT dalam mencari pasangan
yang sesuai atau semasa menghadapi konflik dengan pasangan. Semoga kita
mendapat pasangan yang terbaik, kerana dialah teman kita sampai ke akhirat
kelak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan