Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama...
Ini satu berita yang sangan baik dan
menggembirakan kepada yang masih mencari-cari untuk membeli rumah tetapi terhalang
dengan bayaran deposit 10 peratus. Tetapi sekarang ianya bukan lagi menjadi
penghalang kerana bermula pada 7 April 2016, kerajaan telah membuka permohonan Skim MyDeposit pembiayaan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rumah
khususnya kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama.
Jadi kepada yang diluar sana rebutlah peluang yang diberikan kerajaan ini.
Untuk
pengetahuan anda, permohonan ini dibuka sehingga 31 Disember 2016 atau kouta
RM200 juta telah dipenuhi atau habis bagi pembiayaan deposit rumah pertama.
Wahhh...banyak juga tu, tapi rasanya ramai juga yang ingin memohon, jadi siapa
yang cepat merebut peluang ini tentu dapat. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
(MyDeposit) membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.
Sebelum
anda memohon ada baiknya anda membaca syarat kelayakan untuk Skim MyDeposit
2016 ini, iaitu;
Syarat Kelayakan Skim MyDeposit 2016 Beli Rumah Pertama
- Warganegara
Malaysia berumur 21 tahun keatas dan tiada had maksima umur
- Tidak
pernah memiliki atau membeli rumah
- Pendapatan
kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua
bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji,
komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
- Pemohon
mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan
mana-mana institusi pembiayaan.
- Pemohon
yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk
menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
Kriteria Pembelian Skim MyDeposit Rumah Pertama
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini
adalah seperti berikut :
- Projek perumahan baharu yang
berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
- Harga pembelian adalah
RM500,000 dan ke bawah; dan
- Kelulusan pembelian bagi
projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana
Kerajaan.
Fakta Skim MyDeposit 2016 Rumah Pertama
- Tidak
perlu mengeluarkan deposit untuk beli rumah
- Membantu
golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah
antara RM3,000 hingga RM10,000.
- pemberian
sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000(mana
lebih rendah) kepada pembeli rumah pertama adalah untuk membantu mereka
membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah.
Cara Daftar Borang Permohonan MyDeposit 2016 Rumah Pertama
1. Permohonan mestilah dibuat secara online menerusi http://kpkt.gov.my/sprn/
2. Pemohon wajib memuat naik (Upload) semua dokumen yang diperlukan
seperti;
- Kad
Pengenalan Pemohon
- Kad
Pengenalan Pasangan
- Salinan
Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan
- Salinan
Surat Nikah
- Penyata
Gaji terbaru individu
- Penyata
Gaji terbaru pasangan
- Penyata
KWSP atau cukai pendapatan individu
- Penyata
KWSP atau cukai pendapatan pasangan
- Bagi
bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu
atau pasangan bekerja sendiri
- Surat
pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status
pekerjaan dan tempoh perkhidmatan.
- Surat
pengesahan OKU
- Surat
pengesahan daripada pemaju atau penjual
- Surat
laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/
Nota: Kesemua dokuman diatas wajib di
“Scan” menggunakan computer dan upload ke laman web KPT secara online.
Jika anda sudah memahami syarat-syarat yang tertera di atas dan ingin
memohon, bertindaklah dengan awal. Gunakanlah peluang yang ada ini, kerana
deposit 10 peratus adalah nilai yang amat tinggi. Jadi mulalah anda pengguna baru dengan daftar sebagai pengguna
baru di http://sprn.kpkt.gov.my/register . Selepas itu ikutilah
langkah seterusnya sehingga anda berjaya atau anda klik di sini http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/langkah-untuk-memohon.html untuk lebih memahami
cara memohon... Diucapkan selamat membuat permohonan dan permohonan anda
diluluskan...
Semoga Berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan