NuffnangAds

Khamis, 10 Mac 2016

PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN 2016 ONLINE

Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2016 Online.

  
Berminat untuk menjadikan Guru sebagia kerjaya? Jika anda benar-benar berminat menjadi sebagai pendidik terutamnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), inilah peluang anda untuk merealisasikannya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 atau singkatannya PPISMP. Permohonan kemasukan tersebut dibuka secara atas talian / online bermula 10 Mac 2016  jam 12:00 tengahari sehingga 27 Mac 2016 jam 11:59 malam.
 
Permohonan Calon Guru PISMP 2016 akan di buka seperti ketetapan berikut :
1. Tarikh Buka Permohonan : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari 

2. Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. 
3. Pengumuman telah dibuat di Portal Rasmi KPM di bahagian pemberitahuan atau applikasi berkala.  
4. Cara Memohon PPISMP 2016 Online Applikasi permohonan - Klik PPISMP 2016



Syarat Dan Kelayakan Asas 

   
1. Warganegara Malaysia.     
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.     
3. Sihat tubuh badan.     
4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.        
5. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
6. Lulus Bahasa Inggeris.      
7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

8. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
* Malumat penting lain sila rujuk di Maklumat PISMP 


Program ini sememangnya mendapat permohonan yang tinggi dalam kalangan lepasan SPM untuk memasukinya. Jadi tidak hairanlah proses pengambilannya agak ketat kerana selain di tapis kelayakan di atas anda juga perlu mengambil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Jika anda lulus dalam UKCG, anda akan dipanggil pula untuk sesi temu duga. Selepas itu barulah calon yang terpilih akan menerima surat tawaran untuk mengikutinya.

Jadi, kepada calon-calon yang memohon anda perlulah bersedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kesihatan jasmani dan juga cara-cara menghadiri sesi temu duga.

Apa yang istimewanya ialah apabila anda telah terpilih untuk mengikuti PSIMP ini, bermakna peluang kerjaya anda telah pun terjamin. Tamat sahaja pengajian anda akan ditempatkan di mana-mana Sekolah Rendah di Malaysia.

Sebelum anda memohon, nasihat penulis agar anda membetulkan niat anda, melihat kepada masa depan dan juga perlu melihat kepada minat sebenar dan kecenderungan anda. Bukan hanya memohon sebagai jaminan anda mendapat kerja kerana kerjaya sebagai guru atau cikgu ini benar-benar mencabar dan memerlukan ketahan mental dan emosi yang tinggi.


Selamat memohon... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...