NuffnangAds

Ahad, 3 Januari 2016

KEPADA PENDIDIK : MURID KITA MENTAH, JIWA MEREKA RAPUH

Apabila ingin memulakan persekolahan, ramai kalangan kita yang berkongsi kata-kata semangat yang pelbagai jenis. Di bawah ini adalah satu kata-kata indah pencetus semangat yang penulis dapat daripada media sosial yang dikongsikan oleh rakan-rakan. Kata-kata indah untuk renungan rakan-rakan yang bergelar pendidik. Semoga ia menjadi pencetus semangat untuk pendidik dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab terutamanya dalam mendidik murid-murid yang masih mentah dan jiwanya rapuh. Kredit kepada yang menulis dan berkongsi...

Kenapa Murid aku tidak pandai
Kenapa Murid aku degil
Kenapa Murid aku tidak jadi seperti yang aku hendak...

Murid buah hati kita, Jangan bandingkan di antara mereka.
Yang pandai jangan terlalu di puji,
Yang lemah janganlah kita keji.

Murid baik, Murid cerdik, Cuma ujian Allah,
Allah nak tengok kita demand ka tidak, letak syarat ka tidak,
Kerja kuat ka tidak, sabar ka tidak.


Murid biasa-biasa tak berapa pandai,
Itu hadiah daripada Allah.
Di mata manusia mereka biasa saja,
tapi siapa tahu kekurangan mereka sebab kita masuk syurga.
Tidak perlu kecewa hasil kita tidak seberapa.
Mana tahu kalu asyik cemerlang kita riak menjaja bangga.

Murid yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita
tidak leka dengan kerjaya dan rencahnya.
Jangan lukai hati murid kita.
Terimalah pemberian Allah dengan redha.
Sayangi mereka sama rata.
Doakan mereka tidak kira di mana.
Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Murid kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih ,menghukum dari membina.
Terlebih menyumpah dari membimbing.
Terlebih marah dari nasihat.
Terimalah mereka penuh amanah.

Murid-murid ini dipinjamkan buat kita
untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat.
Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan murid-murid kita,
kerana di luar sana ramai lagi yang tidak berasa jadi Cikgu...belajarlah malu pada Allah,
DIA yang sebegitu hebat tidak pernah mebezakan hamba-hambaNYA
tapi kenapa kita seorang hamba suka beza-membeza.

Murid-murid kita punya hati dan jiwa.
Mana tahu ada yang kita tidak beri perhatian akan ingat kita sampai tua,
akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi cikgu yang berilmu dan cemerlang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...