NuffnangAds

Rabu, 2 September 2015

MUDAHNYA MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

Di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari. Hanya dengan satu “klik” semua perkara boleh dilaksanakan, diselesaikan malah mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Begitu juga bila kita ingin melaksanakan ibadah qurban atau akikah, semuanya bagaikan tersedia di depan mata hanya menunggu dari kita samada mahu atau tidak.

Ibadah Qurban sememangnya mempunyai signifikan yang tersendiri dalam Islam. Walaupun ianya merupakan satu ibadah yang sunat tetapi ianya amat dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. Sangat istimewa ibadah ini kerana ianya telah ditetapkan tempoh masanya untuk berkorban dan merupakan pemberian daripada Allah yang sangat besar ganjaran bila kita melaksanakannya.


Ibadah qurban banyak memberikan pengajaran bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada manusia sejagat. Ianya banyak mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat, soal pengorbanan, perkongsiaan rezeki, mengingati sejarah pengorbanan yang agung dan di samping dapat melahirkan sifat kesyukuran yang amat tinggi. Semua ini telah Allah zahirkan melalui pemberianNYA yang cukup istimewa dilakukan semasa Hari Raya Aidil Adha atau pun dikenali sebagai Hari Raya Qurban.

Ramai di antara kita yang ingin melakukan ibadah qurban semasa Hari Raya Qurban pada 13 Zulhijjah nanti. Ini kerana ianya merupakan ibadah yang amat istimewa dengan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Kini ianya amat mudah untuk kita melaksanakan niat ibadah qurban pada tahun ini. Segala yang dilakukan untuk melaksanakan ibadah qurban daripada mendapatkan haiwan qurban hinggalah pengagihannya, semuanya diuruskan dan dilakukan oleh organisasi yang berkaitan. Di sini terdapat beberapa cadangan organisasi yang boleh membantu anda melalui pautan di bawah iaitu;


Apabila anda bersetuju, anda hanya perlu melakukan bayaran untuk harga qurban yang dipilih dan kemudian isi borong yang berkenaan sebagai memberi kebenaran (akad) bagi mewakilkan perlaksanaan ibadah Qurban tersebut.

Ibadah Qurban yang dilaksanakan tidak terhad di Malaysia sahaja, malah ia merentasi sempadan terutamanya negara-negara yang mempunyai penduduk yang miskin dan daif seperti di Kemboja, Bangladesh, Thailand dan Vietnam. Dengan cara ini pastinya ibadah Qurban yang dilakukan adalah sempurna, dengan pengagihan daging qurban diberikan kepada yang benar-benar berhak.


Dengan kemudahan yang ada ini marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk turut serta menunaikan tuntutan Ibadah Qurban mengikut kemampuan masing-masing. Semoga dengan apa jua amalan yang kita lakukan adalah ikhlas kepada Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...