Firman Allah SWT: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah
sarang-sarang di bukit-bukau, di pokok-pokok kayu dan di rumah-rumah didirikan
manusia,” “Kemudian makanlah dari segala macam buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya, yang mengandungi
penawar untuk manusia. Sesungguhnya pada kejadian itu terdapat bukti (kekuasaan
Allah) bagi golongan orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl :68-69).
Sabda Rasulullah saw, dari Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah
saw bersabda: “Gunakanlah dua penawar ini iaitu madu dan Al-Quran.”
Dr. W.G.Sacket, Microbiologist dari Colorado Agriculture
College Fort Collins. “Kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam. Kuman A dan
B Typhosus mati dalam masa hanya 24 jam. Organisma yang menyerupai Typoid
Bacillus mati dalam masa 5 jam. Kuman-kuman yang menyebabkan pneumonia kronik
mati pada hari keempat. Begitu juga bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit
seperti peritonitis, pleuritis, dan bisul bernanah. Sementara cirit-birit mati
dalam masa 10 jam selepas dimasukkan ke dalam madu.
Tiga fakta di atas sudah cukup untuk memperlihatkan betapa
madu sangat penting dan amat bermanfaat untuk manusia. Madu adalah cairan manis
yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu
dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebah. Di Malaysia lebah yang paling banyak
diternak untuk menghasilkan madu adalah lebah tempatan (Apis cerana), lebah
hutan (Apis dorsata), dan lebah Eropa (Apis Mellifera).
Berbagai kelebihan madu sebagai makanan berzat tinggi sudah
diketauhi sejak zaman Mesir mahupun Yunani kuno. Dalam zaman Mesir kuno,
larutan madu bukan sahaja dijadikan sebagai sumber makanan, tetapi juga
dijadikan sebagai pengawet yang luar biasa: samada sebagai pengawet daging
binatang buruan, sehingga kepada fungsi dalam mumifikasi jenazah yang bertahan
ribuan tahun.
Berbagai jenis madu yang boleh diperolehi di pasaran
sekarang dengan mudah namun mempunyai harga yang berbeza-beza. Terpulang kepada
kita untuk memilih yang terbaik, walau apapun pilihan kita ternyata setiap madu
mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jika di amalkan setiap hari In Shaa Allah
ia akan memberikan kesihatan kepada kita yang tidak ternilai harganya
berbanding nilai madu yang kita beli. Manfaatkanlah pemberian dan nikmat Allah
ini dengan sebaiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan