Sebelum ini kita berkongsi bagaimana tip untuk menjadikan
makanan itu satu pemakanan sempurna untuk tumbesaran anak-anak. Kali ini mari
kita kongsikan dua tip lagi bagi melengkapkan bagaimana kita ingin menjadikan
ianya Pemakanan Sempurna untuk Tumbesaran Sempurna iaitu;
A. TABIAT PEMAKAN YANG BAIK
Amalkan Pemilihan
Makanan Sihat. Anda teladan si manja. Dengan mengajar mereka untuk membaca
label makanan dan kandungan nutrisi pada makanan, anak anda boleh belajar untuk
memilih makanan dengan bijak
Utamakan Sarapan. Kajian
menunjukkan kanak-kanak yang makan sarapan mempunyai daya konsentrasi yang
lebih baik dan lebih aktif di sekolah. Jadi, pastikan anak anda mengambil
sarapan setiap hari.
Sediakan Bekalan Snek
Sihat. Di peringkat perkembangan, si manja sering kelaparan. Sediakan
bekalan snek yang sihat sepanjang masa untuk mengelakkan mereka mengambil snek
dan kudapan yang tidak menyihatkan.
B. SUASANA MAKAN YANG
SIHAT
Ceriakan Waktu Makan.
Kanak-kanak lebih mudah belajar
apabila mereka ceria. Dengan hidangan kreatif dan penglibatan keluarga ketika
waktu makan, si manja boleh belajar dengan lebih baik tentang pilihan makan
yang sihat.
Jangan Paksa Makan. Hormati
keputusan si manja untuk tidak menghabiskan makanan. Paksaan menyebabkan
tekanan dan mungkin mengakibatkan anak anda melewatkan waktu makannya.
Setakat ini sahaja tip yang dapat dikongsikan
bagaimana kita boleh membina pemakanan yang sempurna bagi memastikan tumbesaran
anak-anak yang sempurna. Mungkin anda mempunyai tip yang berbeza dalam
menangani karenah pemakanan anak anda. Walau apa pun ianya boleh dijadikan
sedikit rujukan atau tambahan kepada anda dalam membesarkan si manja. Semoga
ianya berguna dan sama-sama mendapat manfaat. Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan