NuffnangAds

Isnin, 12 Oktober 2015

SELAMAT MENDUDUKI PT3 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3




Seramai 465,674 calon tingkatan 3 menduduki ujian bertulis PT3 yang memasuki tahun kedua itu di 2,667 pusat peperiksaan. Peperiksaan ini menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) merangkumi 12 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu. Subjek lain ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa kadazandusun yang diajar di sekolah tertentu.


Konsep peperiksaan PT3 adalah pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.

Semoga semua pelajar tingkatan 3 dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang, dan akhirnya mendapat kejayaan yang cemerlang. Kepada ibu bapa sentiasalah berdoa dan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada anak-anak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...