Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan
Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan
Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan
di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.
Manakala pada hari ini 10 Oktober 2015,Lebih 5,000 orang
bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama lebih
5000 orang melakukan aktiviti senaman di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena perasmian Hari Sukan Negara.
Dalam
ucapannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat negara ini
tidak boleh melihat HSN sebagai satu sambutan semata-mata, sebaliknya sebagai
pencetus semangat untuk melakukan aktiviti bersukan. Katanya, konsep sebenar
HSN bukan hari ini sahaja bersukan sebaliknya konsepnya adalah hari-hari
bersukan. Tambah Najib, beliau berharap HSN negara akan
bergerak ke hadapan dan terus menjadi budaya dalam kehidupan harian rakyat.
Serentak
dengan itu juga, seluruh Malaysia menyambut bersama-sama HSN ini dengan
pelbagai aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai lapisan golongan rakyat. Tidak
ketinggalan warga Kementerian Pendidikan, Institut Pengajian Tinggi, murid dan
pelajar sekolah sama-sama memeriahkan HSN di peringkat negeri, daerah dan
sekolah.
Kerajaan
berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi
menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass
participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan
hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan
kepercayaan agama. Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi
penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Sesungguhnya
sukan selain menjadikan gaya hidup yang lebih sihat ia juga merupakan wadah
dalam menyatupadukan rakyat terutamnya di Malaysia yang mempunyai pelbagai
agama dan bangsa.
Semoga
dengan adanya Hari Sukan Negara 2015 yang julung kali diadakan akan menjadi
pemangkin kepada gaya hidup yang lebih sihat, ia dapat menghindarkan diri kita
daripada penyakit, merapatkan ukhwah antara ahli keluarga, meningkatkan
produktiviti kerja yang lebih baik dan cemerlang.
***Hari
ni kami sekeluarga sambut Hari Sukan Negara dengan BERZUMBA di rumah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan