NuffnangAds

Sabtu, 31 Oktober 2015

PIALA AFC 2015 : JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) LAKAR SEJARAH


Skuad Harimau Selatan Johor darul Ta’Zim (JDT) melakar sejarah baharu buat bola sepak tempatan, apabila dinobatkan sebagai juara Piala AFC setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Istiklol pada perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan semalam.


Gol kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) diledakkan oleh penyerang Argentina, Leandro Velazquez menerusi rembatan kaki kirinya pada minit ke-23 berpunca daripada sepakan penjuru kapten pasukan, Mohd. Safiq Rahim.

Kejayaan itu juga bermakna Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya berbuat demikian selepas kejohanan tersebut diperkenalkan buat kali pertama pada 2004.

JDT kini berada di puncak kejayaan kerana bukan sahaja menempa nama di peringkat antarabangsa, malah mereka turut gah di pentas bola sepak tempatan selepas menjuarai Liga Super musim ini dan juga 2014.

Keupayaan skuad Harimau Selatan untuk beraksi di pentas akhir Piala AFC juga membuka mata peminat bola sepak di serata Asia bagi memberi perhatian bahawa negara ini turut memiliki kelab yang mampu bersaing di peringkat lebih kompetitif selepas perlawanan akhir sebelum ini kerap di dominasi oleh wakil dari negara Arab.

Sementari itu, Warga Johor diberi curi peristiwa, Ahad, 1 November, berikutan kejayaan skuad Johor DT muncul juara Piala AFC 2015, malam tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, sudahpun membuat pengumuman itu sebelum perlawanan akhir berlangsung. Ismai dipetik menerusi satu kenyataan bahawa Johor akan cuti peristiwa jika Johor DT berjaya membawa pulang Piala AFC.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...