Penyakit kardiovaskular (CVD) seperti
strok dan jantung antara penyebab utama kematian di Malaysia. Sehingga 2011,
kategori ‘pembunuh senyap’ itu membunuh kira-kira 17 juta penduduk dan setiap
tiga daripada 10 kematian adalah disebabkan CVD. Kolesterol tinggi menjadi
antara faktor utama penyakit jantung koronari, serangan jantung serta strok.
Individu yang mempunyai kolesterol tinggi adalah dua kali lebih tinggi berisiko
mendapat serangan jantung.
Berdasarkan statistik Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) satu dalam tiga rakyat Malaysia
menderita akibat kolesterol tinggi. Meskipun
telah banyak kempen kesedaran dijalankan mengenai bahaya kolesterol tinggi,
penduduk negara ini masih tidak mengambil langkah bagi mengurangkan serta mengekalkan
kolesterol baik dalam badan mereka.
Lebih mengejutkan, usia mereka yang
berisiko mendapat kolesterol tinggi adalah golongan muda. Institut Jantung
Negara (IJN) merekodkan kes remaja berusia 19 tahun yang menderita akibat
serangan jantung disebabkan tabiat makan yang kurang sihat. Kurangnya
pengetahuan ditambah pula dengan gaya hidup tidak sihat adakalanya menyebabkan
orang ramai kurang mengambil berat mengenai penyakit yang tidak dapat dilihat
ini.
Di zaman serba moden ini, masyarakat lebih
sibuk dengan gajet. Begitu juga dengan anak yang hanya diberi gajet sebagai
‘gula-gula’ kepada mereka. Apabila sibuk dengan permainan seperti game,
akhirnya mereka tiada masa melakukan aktiviti di luar yang boleh mengeluarkan
peluh seterusnya meningkatkan risiko penyakit CVD.
Kolesterol boleh dikurangkan dengan
pengambilan susu yang mengandungi acticol iaitu sterol tumbuhan yang ditemui
dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan bijian. Sterol tumbuhan
boleh mengurangkan penyerapan kolesterol pemakanan di dalam usus kecil, dengan
itu membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik dalam badan.
Langkah mudah untuk jantung sihat
Untuk kekal sihat tidak bermakna anda
perlu mengubah gaya hidup. Beberapa langkah mudah boleh membantu dalam jangka
masa panjang.
* Bersenam
* Kurangkan pengambilan makanan
berlemak - Kurangkan mengambil makanan manis dan segera - Baca label makanan
terlebih dulu
* Tidak merokok
Simptom penyakit jantung
* Kesukaran bernafas terutama jika
berbaring
* Sakit kepala
* Pening
* Pengsan
* Berasa tertekan
* Kerap terjaga ketika tidur
* Sakit dada
* Rasa pijar (sensations) di bahagian
dada
* Bengkak di bahagian buku lali
Antara cara mendapatkan paras
kolesterol sihat
* Kurangkan pengambilan daging merah,
lemak haiwan dan produk tenusu.
* Kurangkan pengambilan makanan yang
tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
* Kurangkan pengambilan makanan yang
tinggi gula dan karbohidrat ringkas.
* Tingkatkan pengambilan buah-buahan
dan sayuran segar.
* Pengambilan lecithin bantu
mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
* Senaman berterusan bantu meningkatkan
kolesterol baik dan bantu mengurangkan kolesterol secara menyeluruh.
* Elak pengambilan alkohol secara
berlebihan kerana ia menurunkan paras kolesterol baik, sekali gus menambah
risiko penyakit jantung.
Melalui pembacaan dapat meningkatkan
ilmu dan pengetahuan untuk menjadikan diri lebih sihat. Gunakan sebaiknya gajet
yang ada sebagai rujukan. Melakukan aktiviti fizikal juga seperti bersenam
serta olahraga dapat mengurangkan risiko kolesterol tinggi serta menyihatkan
jantung. Menjadi sihat tidak perlu memerlukan kos yang tinggi tapi ianya hanya
memerlukan komitmen dan pengetahuan dari anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan