NuffnangAds

Isnin, 19 Oktober 2015

HARGA KAD PRABAYAR TANPA GST PADA 1 NOVEMBER 2015



Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut. Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat Telco yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.


Mengembalikan harga asal kad tambah nilai prabayar seperti sebelum Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan atau merugikan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini. Ini kerana GST sebanyak enam peratus itu akan disalurkan kepada kerajaan dan tiada kena mengena dengan Telco.

Sekiranya kerajaan sendiri bersetuju menghapuskan GST pada kad prabayar, kenapa Telco masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan tersebut sedangkan kesannya bukan kepada syarikat berkenaan.

Usaha murni kerajaan ini harus mendapat pujian daripada semua lapisan masyarakat kerana terbukti rakyat masih diberi keutamaan apatah lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Rakyat benar-benar mengharapkan agar harga asal kad tambah nilai prabayar benar-benar dapat dikembalikan dan bukannya hanya sekadar perbincangan atau ‘cakap kosong’.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...