NuffnangAds

Khamis, 8 Oktober 2015

TAHNIAH HARIMAU MALAYA! TUNDUKKAN LAOS 3 - 1

Skuad Harimau Malaya ­akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama tahun ini meskipun terpaksa menanti sehingga perlawanan antarabangsa kelapan apabila menundukkan Laos 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Thai Army Sports, Bangkok semalam.

Dalam perlawanan semalam, dua gol skuad negara diperoleh menerusi pemain Felda United, Christie Jayaseelan pada minit ke-50 dan minit ke-92, manakala satu lagi jaringan dihasilkan oleh Azammuddin Mohd. Akil (minit ke-53). Manakala, gol saguhati Laos diperoleh menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh Sitthideth Khanthavong pada minit ke-82.


Kim Swee turut memberikan pujian kepada Christie kerana mampu memainkan peranannya dengan baik katanya “Ini satu petanda apabila melihat kepada aksi Christie sebab kita sudah lama tidak menghasilkan tiga gol dalam satu-satu per­lawanan untuk tempoh yang lama kerana apabila dapat melakukannya ia memberikan keyakinan kepada pasukan. Mendapatkan dua gol ini membuktikan Christie seorang pemain ada kualiti untuk main di peringkat lebih tinggi.”

Tambah Kim Swee untuk berdepan menentang Timor Leste di tempat lawan dia berharap agar pemain negara dapat mengekalkan corak permainan berdisiplin kerana menyedari lawan yang bakal dihadapi bukan sembarangan apabila mereka berjaya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Palestin dalam aksi dwi kelayakan itu.


Tahniah Harimau Malaya, satu kemenangan moral kepada skuad untuk terus meningkatkan kualiti bola sepak Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...