NuffnangAds

Isnin, 5 Oktober 2015

FAM DIDENDA; BERBALOIKAH KEPADA BOLA SEPAK NEGARA?

Berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukoit Jalil ketika menentang Arab Saudi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada 8 September pada lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah menerima padah.

Denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan 1 perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi. Itulah harga yang perlu dibayar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.

Prosiding disiplin membabitkan beberapa insiden termasuk bom asap dan suar yang berlaku dalam Stadium Shah Alam yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88.

Menurut Fifa keputusan itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.

Perlawanan yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, berdepan dengan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan.

Berikutan keputusan itu juga, Malaysia yang akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November di dalam stadium tanpa penonton.

Berbaloikah semua ini untuk bola sepak Negara? Dengan nilai RM 180 000 mungkin banyak yang boleh digunakan untuk pembangunan bola sepak Negara. Walau apa pun kita berharap pasukan Harimau Malaya tidak patah semangat malah menjadikan pemangkin untuk terus memartabatkan bola sepak di mata dunia. Ayuh Harimau Malaya, FAM terus Profesional!  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...