NuffnangAds

Selasa, 13 Oktober 2015

MENERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN : MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE

Malaysia meneruskan momentum kemenangan apabila Berjaya menewaskan Timor Leste 1-0. Ini merupakan kemenangan pertama skuad Harimau Malaya pada aksi kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Kemenangan tipis ini dijelmakan oleh Mohd Amri Yahya pada minit ke 19.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan negara melonjak satu anak tangga ke tempat keempat Kumpulan A, di belakang Palestin, selepas mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali. Arab Saudi terus unggul di anak tangga pertama setelah menang semua perlawanan mereka dan diikuti oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


Ini adalah kemenangan pertama jurulatih sementara skuad negara Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan kompetitif daripada dua perlawanan sejak menggantikan Dollah Salleh. Bagaimanapun, ini adalah kemenangan kedua jurulatih Harimau Muda itu, setelah pasukan negara menang 3-1 ke atas Laos di Bangkok minggu lalu.

Kejayaan menewaskan Timor Leste tersebut memberi kepuasan kepada Kim Swee apabila skuad negara kini kembali memberi saingan kepada pasukan lain dalam aksi dwi kelayakan tersebut setelah memulakan kempen dengan aksi longlai, termasuk seri dengan Timor Leste di Bukit Jalil.


Kempen kelayakan Malaysia selepas ini diteruskan bertemu Palestin di Hebron, 12 November depan. Semoga Malaysia meneruskan momentum kemenangan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...