Serat merupakan komponen bahan makanan yang tidak dapat
dicerna dan diserap oleh tubuh. Tidak seperti komponen makanan yang lain
seperti lemak, karbohidtrat atau protein yang boleh diserap tetapi kemudian memberi
kesan kepada tubuh badan. Jesteru pengambilan banyak serat amat disarankan,
tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Serat tergolong di dalam dua
kategori iaitu:
1. Serat Yang Tidak Larut Air
Ia dapat membantu melancarkan buang air besar. Serat tidak
larut akan menyerap air, membuat bahan buangan berukuran lebih besar, lebih
lunak sehingga akan menjadi mudah untuk dikeluarkan. Serat tidak larut ini
dapat membantu mencegah buasir. Tepung gandum, tepung trigu, gandum, kekacang
dan kebanyakan sayur-sayuran merupakan sumber terbaik serat tidak larut.
2. Serat Yang Larut Air
Serat jenis ini larut di dalam air untuk membentuk suatu
bahan yang seperti gel. Serat ini akan mengikat lemak sehingga lemak tidak akan
diserap oleh tubuh melainkan akan dikeluarkan bersama bahan buangan. Serat ini
berperanan untuk menurunkan kadar kalesterol darah. Antara bahan makanan yang
mengandungi serat larut air ialah seperti gandum, kekacang, buah-buahan seperti
epal dan limau, dan lobak merah.
Kebaikan Pengambilan Serat
Serat memberi banyak manfaat pada kesihatan seperti membantu
dalam penurunan risiko menghidap kencing manis dan penyakit jantung. Selain itu
ada lagi manfaat yang tidak diketauhi, antaranya ialah:
1. Menurunkan Risiko Gangguan Pencernaan
Suatu diet yang tinggi serat akan menurunkan risiko dari
gangguan pencernaan seperti buasir, Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan
Diverticular Disease (di mana terdapat kantung-kantung kecil di dalam usus
besar). Keadaan bahan buangan yang lembut akan mengurangkan kerja-kerja otot rectal
dan mengurangkan tekanan pada rectum sehingga penyakit buasir dapat dicegah.
2. Menurunkan Kadar Kolesterol
Serat yang boleh larut yang terdapat di dalam kekacang,
gandum dan dedak gandum akan membantu menurunkan kadar kolesterol. Serat dapat
mengikat kolesterol dan asid hempedu dan membawanya keluar dari tubuh
bersama-sama dengan bahan buangan sehingga kandungan lemak di dalam darah
menurun dan kemungkinan risiko penyakit jantung akan menurun.
3. Mengendalikan Gula Dalam Darah
Serat, terutama sekali serat yang dapat larut, dapat
melambatkan penyerapan gula. Bagi pesakit-pesakit kencing manis, ia dapat
membantu mengawal kadar gula darahnya. Suatu diet yang tinggi serat dapat
mengurangkan risiko terkena penyakit diabetes jenis 2.
4. Mengawal Berat Badan
Mengambil makanan tinggi serat dan mengurangkan pengambilan
lemak dan gula yang berlebihan dapat membantu menurunkan berat badan. Hal ini
dapat dibuktikan, kerana makanan tinggi serat menghasilkan tenaga kurang dari
lemak dan gula atau karbohidrat. Selain itu, serat menimbulkan rasa kenyang
sehingga pengambilan makanan dapat dikurangi.
5. Mencegah Kanser Usus
Serat juga dapat mempercepatkan laluan makanan di dalam
saluran pencernaan sehingga memendekkan waktu perjalanan makanan tersebut, dan
seterusnya mencegah daripada terdedah dengan bahan penyebab kanser pada
jaringan pencernaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan