Buat pertama kali sejak 1984 Belanda gagal layak ke
Kejuaraan Eropah (Euro) apabila tewas 3-2 kepada Republik Czech pada kempen
kelayakan, awal pagi rabu. Beraksi di laman sendiri, Belanda yang memenangi
tempat ketiga di Piala Dunia tahun lalu sedar peluang mereka memang pudar
tampak kurang bermaya malah melepaskan dua gol pada babak pertama.
Pemain Republik Czech, Pavel Kaderabek dan Josef Sural
mengejutkan tuan rumah dengan jaringan pada babak pertama sebelum Rovin van
Persie menanduk gol sendiri pada minit ke-66. Gol sagu hati Belanda dijaringan
Klaas-Jan Huntelaar dan Van Persie.
Bekas juara Eropah itu menduduki tempat keempat Kumpulan A
dan satu-satunya harapan untuk cuba melayakkan diri ialah menang dan
mengharapkan Turki tewas. Begitupun, keputusan sebaliknya dicatat malah Turki
jelas tidak mahu mensia-siakan peluang untuk terus bersaing apabila mencatat
kemenangan 1-0 ke atas Iceland di tempat sendiri.
Kemenangan menyaksikan Turki menempah tiket ke Perancis,
tahun depan selaku pasukan di kedudukan ketiga terbaik. Republik Czech
muncul juara Kumpulan A diikuti Iceland.
Dalam pada itu, Croatia menempah tiket ke Perancis selepas
membenam Malta 1-0 selaku naib juara Kumpulan H di belakang Itali. Keputusan
itu jelas mengecewakan Norway yang memulakan perlawanan di atas Croatia sebelum
tewas 2-1 kepada Itali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan