NuffnangAds

Isnin, 19 September 2016

PENYEWA ENGGAN MEMBAYAR SEWA RUMAH : IKUTI 5 LANGKAH INI

PENYEWA ENGGAN MEMBAYAR SEWA RUMAH : IKUTI 5 LANGKAH INI
Bukan sesuatu perkara yang asing apabila adanya isu berkaitan dengan kemelut sewa rumah dengan pemilik dan penyewanya. Isu ini lebih merumitkan pemilik rumah sewa. Bayangkan, sekiranya tunggakan sewa sudah mencecah berbulan-bulan sememang memeningkan kepala. Ditambah pula kalau pemilik mempunyai komitmen untuk membayar ansuran rumah tersebut.

Kebanyakan kes ini terjadi disebabkan kes pemilik yang tidak sampai hati menghalau penyewa dan akhirnya diri sendiri yang makan hati. Tidak kurang juga yang takut nak halau penyewa mungkin makan diri, dan ada juga penyewa yang sudah dihalau tapi masih membatukan diri dalam rumah sewa dan menanggap macam rumah sendiri.
Memetik sumber Facebook, Peguan hartanah Tuan Salkukhairi Abd Sukor telah memuatnaik satu status, apa yang patut dilakukan oleh tuan premis jika penyewa tidak membayar sewa sehingga enam bulan.
Jom kita baca perkongsian beliau dibawah:
Saya fikir ramai yang mengalami keadaan macam ni:
“Saya ada sewakan rumah saya kepada penyewa. Tetapi penyewa dah 6 bulan tak bayar sewa. Saya dah mintak penyewa keluar daripada rumah sewa, tetapi dia enggan keluar. Apakah tindakan yang patut saya lakukan?”
Ramai yang memberi pandangan dan cadangan untuk selesaikan masalah tersebut mengikut pengalaman masing-masing.
Ada yang mencadangkan buat report polis, potong bekalan elektrik dan air, tukar mangga pagar, tampal iklan rumah akan dijual, lantik kontraktor buat renovation rumah dan macam macam lagi.
Bahkan ada juga yang mencadangkan guna samseng dan ilmu hitam untuk keluarkan penyewa. Astaghfirullah.
Tahukah anda, cara-cara tersebut walaupun secara kebetulannya mungkin berkesan dalam sesetengah keadaan, tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang ditetapkan oleh undang undang.
Report polis misalnya bukanlah cara yang tepat untuk selesaikan masalah tunggakan sewa. Ini kerana urusan sewaan adalah transaksi kontrak antara pemilik dan penyewa. Jadi tindakan yang boleh diambil hanyalah melalui tindakan sivil. Melainkan wujudnya elemen jenayah dilakukan oleh penyewa tersebut terhadap pemilik seperti ada ugutan jenayah, atau cubaan mencederakan pemilik dan sebagainya.
Cara yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang adalah seperti berikut:
1. Lantik peguam sivil.
2. Peguam akan hantar notis tuntutan tunggakan sewaan terhadap penyewa. Penyewa diberi masa 7 hari untuk menjelaskan bayaran sewaan yang tertunggak.
3. Jika penyewa masih enggan bayar tunggakan sewaan, peguam akan hantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa.
3. Jika penyewa enggan mengosongkan premis sewaan, peguam akan failkan saman terhadap penyewa.
4. Setelah dapat penghakiman daripada Mahkamah, peguam akan failkan permohonan Writ of Distress.
5. Setelah perintah Writ of Distress diperolehi daripada Mahkamah, owner dan peguam akan pergi dengan bailiff (wakil mahkamah) diiringi dengan polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosongkan premis tersebut. Dan barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung segala tunggakan sewa dan kos-kos yang berkaitan.
Maka, jika ingin selamat, gunakanlah pendekatan perundangan, bukannya mengikut emosi dan kemarahan semata-mata. Tindakan berdiam diri dan bersabar lebih lama juga hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi bertindaklah sekarang mengikut peruntukan undang-undang.
Semoga ia jadi panduan berguna dan bermanfaat buat kita semua. In Shaa Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...